Khamis, 25 Disember 2014

PRINSIP MASA DEPAN



sumber: FB Shahadat Nordin

Masa depan.! Bukan mudah untuk berbicara tentang masa depan. Kita punyai segalanya yang tuhan berikan. Tangan, akal, kaki, telinga, mata, hidung, mulut dan sebagainya. Allah S.W.T berikan kepada setiap insan tak kira siapa pun dia. Namun, kita masih tidak bersyukur. Semua manusia diberikan sama sahaja cuma bersyukur, tawakal dan berusaha di muka bumi ini.

Aku pernah terdetik dalam hati. Mengapakah Allah S.W.T menjadikan syurga mahupun neraka.? Bila kita akan masuk ke sana.? Adakah sudah ditentukan atau kita yang menentukan.? Masyallah, Aku tidak bererti melawan kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa. Aku maksudkan adakah kita ini meletakkan diri kita itu ke syurga atau neraka. Sebab, Allah S.W.T dah beri jalan yang terbaik untuk kita pilih hitam maupun putih.

Aku mengatur langkah demi langkah agar aku mudah untuk memahami erti sebenarnya kehidupan. Berguru... Semua orang berguru tapi guru yang bagaimana.? Adakah guru dunia semata - mata atau guru dunia dan akhirat, atau guru akhirat sahaja.? Mungkin prinsip hidup aku tidak sama dengan kamu.

Pasantren Suryalaya, Bandung Inonesia dan Pondok INABAH, Kuala Nerang Kedah. Ya disitulah bapaku mula meniti erti kehidupan. Belajar agama sehingga ketitisan darah yang terakhir. Berjuang mencari kebenaran dan mencari "Mardhatillah". Soalan yang timbul. Masyallah hebat. Nak tahu.? Aku bagi persoalannya sahaja. Dimana redhonya Allah S.W.T..? Kamu nampak tak.? Kelihatan.? Atau kamu sudah merasainya redho Tuhan.? Dimana letakkan kalimah "Lailla hailallah"...? Nah.! itu persoalan yang mungkin boleh dijawab dan tidak mungkin untuk dijawab kan.

Jadi carilah Ilmu sebanyak mungkin dan amalkan dengan sebaik mungkin serta ajarkan kepada manusia yang meminta pertolongan atau bertanyakan kepada kamu. 

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah ( untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan mendapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian ia mati (dalam perjalanannya), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani)."

~Maksud ayat 100 : Surah An-Nisa'~

Nah.! Faham tak kamu yang membaca nih. Maka bukan senang untuk mencari kesenangan dan bukan mudah untuk mendapatkan mudahnya kehidupan. Maka bertebaranlah dikau di muka bumi ini untuk mencari erti sebenar "Mardhatillah"

"Pastinya masa depan kamu kan cerah kelak"

(MSAN هامبا الله )