Rabu, 13 Mac 2013

ILMU..IMAN DAN AMAL...



SUMBER: GooGle

ILMU, IMAN, AMAL.....
suatu kata - kata yang bermakna dalam hidup ini....
bahagia... aman ... sentosa selamanya...
hermmm.. Namun, masih terlupa anak - anak remaja kita, leka diluar sana kerana godaan syahwat menggila...
nasib.... NASIB..... nasib... manusia sezaman beragan - angan..
mimpi ditangisi... rindu didepani,, tatkala jiwa dionak gerhana.. mensayup suara bergema..
dendangan sezaman mendendang menggila meronta..... mana..? mana...? dan dimana..?
ingat... hafal.. dan berubah... IQRA'lah..... iLmu Tuhan seluas lautan.. tidak habis tinta dilayar mahupun dikarang........
sekian......

MSAN (هامبا الله )

TRADISI MELAYU JANGAN DILUPA ( PANTUN )


PESTA PANTUN
Kolej Pra Universiti TAM
SMK ( Premier ) Tunku Abdul Malik

sumber: Shahadat Nordin ( Facebook)

   
Putera mahkota mudik ke hulu,
Akar menyangkut melilit tunjang,
Melati dihilir titian selasih,
Titah sultan berpantang larang,
Bahtera cinta mana nak lalu,
Kiranya lautan dihalang karang?

       Kata bersantun tika berdendang,
Kasih tercurah dibalik cindai,
Adat diadun budaya dijulang,
Mengapa maruah masih tergadai?

     Cantik tersusun si kain baldu,
Cindai bersulam kemas dilipat,
Seribu tahun tidak merindu,
Mengapa semalam baru teringat?

.............Bina Pembayang.............
Mengikat kayu menjerat rusa,
Kasih bertaut sampai kejinjang,
Mengapa layu memendam rasa?

.................Bina Pembayang.................
Mawar berduri sepi di laman,
Mana terpinggir tepaknya sirih,
Sekadar penyeri dulang hantaran?


     Bintang berkerdip berteman bayu,
Jiwa tertambat hati terpikat,
Apalah nasib kebaya melayu,
Sudahlah singkat makin dikerat?

  

JAWAPANNYA :



Tika permata dilakar Dewata,
Putera berlagu kisah berdarah,
Bahtera cinta sukar dikota,
Kiranya ilmu iman ditarah.

Merak dicindai nan puyuh dilalang,
Ikan dan lokan dicari si Nyonya,
Maruah tergadai makin menghilang,
Berajakan syaitan leka dek dunia.

Tubuh disengat sakit bertalu,
 Dibukit puaka dipinggir kota,
Semalam teringat baru merindu,
Kerana dunia kejarkan harta.

Indahnya baldu dihias kasa,
Bawahnya rotan dibawa kepekan,
Kasihnya layu memendam rasa,
Kerana syaitan memutar fikiran.

Acap ditoreh nan pohon Rambutan,
Nyonya terpingga buahnya berisi,
Tepaknya sireh dipinggir nak watan,
Kerana dunia lupakan tradisi.


Kesuma Nila melayarkan surat,
Dipohon Rambutan dipinggir Tualang,
Kebaya singkat makin dikerat,
Tiada warisan barat dijulang.

MSAN ( هامبا الله )