PESTA PANTUN
Putera
mahkota mudik ke hulu,
Akar
menyangkut melilit tunjang,
Melati
dihilir titian selasih,
Titah
sultan berpantang larang,
Bahtera
cinta mana nak lalu,
Kiranya
lautan dihalang karang?
Kata
bersantun tika berdendang,
Kasih
tercurah dibalik cindai,
Adat diadun
budaya dijulang,
Mengapa
maruah masih tergadai?
Cantik
tersusun si kain baldu,
Cindai bersulam
kemas dilipat,
Seribu
tahun tidak merindu,
Mengapa
semalam baru teringat?
.............Bina Pembayang.............
Mengikat
kayu menjerat rusa,
Kasih
bertaut sampai kejinjang,
Mengapa
layu memendam rasa?
.................Bina Pembayang.................
Mawar
berduri sepi di laman,
Mana
terpinggir tepaknya sirih,
Sekadar
penyeri dulang hantaran?
Bintang
berkerdip berteman bayu,
Jiwa
tertambat hati terpikat,
Apalah
nasib kebaya melayu,
Sudahlah
singkat makin dikerat?
JAWAPANNYA :
Tika
permata dilakar Dewata,
Putera
berlagu kisah berdarah,
Bahtera
cinta sukar dikota,
Kiranya
ilmu iman ditarah.
Merak
dicindai nan puyuh dilalang,
Ikan dan lokan
dicari si Nyonya,
Maruah tergadai
makin menghilang,
Berajakan
syaitan leka dek dunia.
Tubuh disengat
sakit bertalu,
Dibukit puaka dipinggir kota,
Semalam
teringat baru merindu,
Kerana dunia
kejarkan harta.
Indahnya
baldu dihias kasa,
Bawahnya rotan
dibawa kepekan,
Kasihnya
layu memendam rasa,
Kerana
syaitan memutar fikiran.
Acap
ditoreh nan pohon Rambutan,
Nyonya
terpingga buahnya berisi,
Tepaknya
sireh dipinggir nak watan,
Kerana
dunia lupakan tradisi.
Kesuma Nila
melayarkan surat,
Dipohon Rambutan
dipinggir Tualang,
Kebaya singkat
makin dikerat,
Tiada
warisan barat dijulang.
MSAN ( هامبا الله )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan