Ahad, 28 Jun 2015

KEHENDAK ZAMAN



1. BERPENGETAHUAN
Dalam dunia yang serba canggih kini, kita perlu sedar akan kepentingan dalam meneruskan kehidupan dengan cabaran dan rintangan yang kira sendiri tidak mengetahuinya apakah yang mungkin terjadi kepada negara, bangsa, agama an juga kepada diri kita sebagai insan yang diamanahkan untuk terus memikul tanggungjawab menguruskan sumber yang ada di muka bumi ini.

Maka berpengetahuan dalam sesuatu perkara sangat penting untuk kelangsungan kehidupan. Biar kita dipandang rendah atau dipanggil 'bodoh' dalam sesuatu perkara namun jangan kita menjadi seperti 'bodoh sombong' bererti kita tidak menahu akan perkara yang perlu dilakukan namun kita pura - pura tahu untuk melakukan. Hal ini sebenarnya akan memerangkap diri kita kelembah kehinaan dan mungkin akan dipandang hina di mata masyarakat. Sebagai contoh, kita mempunyai ilmu akan mengendalikan jentera berat atau dalam bidang pengiraan, maka kita perlu berkongsi dengan sesiapa sahaja yang memerlukan bahkan kita mengaplikasikan ilmu pengetahuan tersebut untuk mencipta sesuatu yang baharu atau melaksanakan sesuatu yang perlu dilakukan. Inilah yang dikatakan sebagai berpengetahuan. Tambahan, kita perlu untuk menguasai beberapa ilmu yang lainnya agar diri kita dapat dihindarkan daripada perkara - perkara mazmumah atau tidak baik yang boleh menghancurkan kehidupan kita.

2. BERANI
Aspek keberanian memang tidak dapat disangkal lagi. Setiap makluk yang diciptakan mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam mengendalikan sesuatu perkara. Namun begitu, aspek keberanian perlu disertakan agar sesuatu bidang pekerjaan atau sesuatu perkara yang kita ingin laksanakan dapat berjalan dengan lancar. Seseorang individu tersebut tidak akan dapat melakukan pekerjaan jika sifat keberanian ini tidak diserlahkan dengan sebaik yang mungkin. Sebagai contoh, seorang pelajar atau pekerja perlu membentangkan kertas kejanya maka sifat keberanian perlu diserlahkan beserta ilmu yang dimiliki agar mampu untuk mempengaruhi orang disekelilingnya serta berjaya.

3. BERTANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara atau amanah yang telah diberikan perlu untuk kita laksanakan dengan sebaik yang mungkin. Zaman yang serba modenisasi mengharapkan setiap insan atau manusia untuk bekerja dengan penuh sifat kebertanggungjawaban untuk mengharungi norma - norma kehidupan yang kian merundung kekecewaan.Lihat sahaja setiap hari, setiap detik, setiap ketika ada sahaja perkara negetif sering berlaku di Nusantara ini malahan di setiap pelosok dunia. Maka kebertanggungjawaban inilah yang perlu dipikul dan dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin oleh manusia agar sumber - sumber hasil bumi tidak terhakis dalam keadaan yang menyedihkan.

Tuntasnya, tiga perkara yang perlu dilihat dalam keadaan zaman yang serba modenisasi kini iaitu berpengetahuan luas, berani dan bertanggungjawab. Hal ini merupakan suatu perkara yang bukannya baharu akan tetapi telah lama di praktikan dalam kehidupan terutamanya bagi kepercayaan masyarakat Islam dahulu kala sehingga kini. Mereka perlu melakukan perkara tersebut. Namun, anasir - anasir yang jahat mampu menggugat diri mereka sehinggakan perkara yang tidak elok sering berlaku di dalam negara ini.