PENGENALAN
Apabila kita membincangkan tentang usahawan. maka
kita akan terfikir akan perniagaan apakah yang akan dilaksanakan. Maka dalam
kajian ini pengenalan usahawan akan diperbincangkan dan akan diberikn contoh –
contoh usahawan yang berjaya pada masa kini. Umum sedia maklum, usahawan di
dalam bahasa Inggeris bererti “Entepreneur”.
Manakala dalam bahasa Melayu pula usahawan bererti seseorang individu yang
mengusahakan sesuatu perniagaan atau organisasi tertentu pada masa tertentu
dalam mencapai matlamat tertentu. ( Rosli Mahmood, Azrain Nasyrah Mustapa,
Rosli Mohd Saad, Mohamad Yusop Mohd Jani, Norria Zakaria, Syahrina Abdullah,
Ahmad Khairi Yahya, Hoe Chee Hee, Shamsul Huda Abd. Rani, Muhammad Shukri
Bakar, Shiza Sa’atar, Lily Julienti Abu Bakar, dan Habshah Bakar, 2010 ).
Maka apabila kita membincangkan berkaitan dengan
usahawan ini ia perlu dikenalpasti siapakah insan yang berkaitan dengan bidang
usahawan. dalam erti kata lain, usahawan ini ditakrifkan sebagai individu yang
mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang
diceburinya. Antara rujukan daripada individu yang terkemuka ialah:
Richard Cantillon (1680 – Mei 1734) seorang
berbangsa Irish mendefinisikan usahawan sebagai individu yang membeli
faktor-faktor pengeluaran pada harga tertentu dan membuat ciptaan baru,
menjualnya pada masa hadapan dengan harga yang tidak pasti. Akibat daripada
ketidakpastian ini, usahawan akan menanggung risiko, sama ada ia menanggung kerugian
atau mendapat keuntungan.
David McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai
berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement).
Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan
mempunyai kawalan dalaman yang tinggi.
Joseph Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan
sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan
organisasinya sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang
dilakukan oleh individu usahawan tersebut.
Casson (1982) mendefinisikan usahawan adalah seorang
yang mempunyaikepakaran dalam proses pembuatan keputusan tentang penyelarasan bahan-bahan
mentah yang terhad. Manakala, Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan usahawan
sebagai individu yang sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan
yang orang lain tidak menyedarinya.usahawan akan mengambil tindakan secara
imaginative, kreatif dan inovatif. Selanjutnya beliau menyatakan:
Secara tuntasnya, usahawan ini dapat dirumuskan
bahawa satu usaha positif dalam memenuhi kehendak bersama yang mana di pelopori
oleh usahawan – usahawan tertentu dalam bidang masing – masing. Malahan,
usahawan ini mampu untuk berhadapan dengan risiko dan inovatif yang tinggi
serta proaktif malahan cenderung kearah merebut peluang yang ada. Inilah yang
dikatakan sebagai usahawan bukan sekadar melukut di tepian gantang tetapi
mencapai puncak kejayaan di persada antarabangsa.
TOKOH TAN SRI
DATO’ LOH BOON SIEW
Tan Sri Dato' Loh Boon Siew berasal dari Kampung
Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada
satu ketika dahulu. Beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah kerana keluarga
Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew sangat miskin dan tak mampu untuk menghantarnya ke
sekolah. Semasa zaman kecil, beliau hanya bekerja mengutip najis haiwan sebagai
baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai pendapatan tambahan
kepada keluarganya. Selain itu, beliau merupakan seorang yang buta huruf kerana
tidak tahu membaca dan menulis, namun beliau mempunyai keistimewaan tersendiri
dengan daya ingatan yang sangat tinggi dan dikagumi. Disamping itu, beliau juga
Cuma tahu bertutur dalam bahasa hok-kien sahaja. Walaupun beliau mempunyai
kekurangan tersebut, beliau mampu menjadi jutawan dan dapat mewujudkan
syarikatnya yang tersendiri. Beliau juga dikenali dengan sikap persistensi
(persistency) iaitu tidak mudah mengalah terhadap sebarang halangan, cabaran,
dugaan, dan masalah dalam merealisasikan sesuatu matlamat ( Utusan Online,
2015).
Walaubagaimanapun, beliau bukan anak tempatan yang
mungkin mempunyai kelebihan tertentu tetapi pendatang dari wilayah Hui Ann di
China yang tanpa mempunyai apa-apa kecuali dengan keyakinan dan semangat kuat.
Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan
mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai
mekanik. Pada usia 18 tahun, beliau telah pun memiliki kemahiran untuk menjadi
pakar kotak gear kereta. Sebagai remaja, beliau cuba mendapatkan pendapatan
tambahan dengan membasuh bas pada setiap malam dengan bayaran 10 sen sebuah bas
setelah bekerja sebagai mekanik pada siang hari. Melalui kerja kuat dan
berjimat cermat, beliau menabung duit yang dimilikinya dan memulakan perniagaan
bas pada usia 21 tahun. Bagaimanapun usahanya itu terganggu apabila meletusnya
perang dunia Kedua pada tahun 1942 ( Utusan Online, 2015)
Dalam tahun 1958, beliau telah pergi ke negara Jepun
untuk makan angin. Ketika beliau berada di Jepun beliau ternampak sebuah
motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin
mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah
pengeluarnya, beliau telah berjumpa dengan Encik Soichiro Honda buat pertama
kalinya. Beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini
kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Namun,
motosikal Honda yang dibawanya
ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak,
namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga
menjelang tahun 1963, motosikal Honda
menjadi kenderaan yang paling diminati ( Boon Siew Hondak, 2015).
CIRI USAHAWAN :
INISIATIF
Ciri usahawan berjaya yang terdapat pada Tan Sri
Dato' Loh Boon Siew ialah inisiatif. Semasa melakukan lawatan ke Osaka, Jepun
pada tahun 1954, beliau terlihat sebuah motorsikal bersaiz kecil atau ‘cub’
yang didapati sesuai untuk dibawa masuk ke Malaysia. Menurut sejarah, Tan Sri
sanggup mengejar motorsikal terbabit untuk melihat dengan lebih dekat lagi
ciri-ciri motorsikal terbabit. Ini kerana beliau berpendapat bahawa motorsikal
jenis Honda tersebut amat sesuai
untuk digunakan kerana saiznya yang kecil dan ringan sesuai untuk orang Asia
yang rata-rata bersaiz kecil berbanding dengan motorsikal buatan Eropah (
Utusan Online, 2015 )
Pada ketika itulah, Tan Sri dapat melihat motorsikal
Honda ‘cub’ sebagai satu peluang bagi
beliau untuk dijual di Malaysia. Lantaran itu, Tan Sri telah berjaya
mempengaruhi pengeluar motorsikal terbabit iaitu Honda Motor Japan Limited untuk melantik beliau untuk menjadi pengedar
tunggal motorsikal Honda di Malaysia. Sejak beliau menemui pengasas motosikal
Honda itu, pertalian persahabatan antara kedua-duanya terjalin dan terus
berkembang sepanjang hayat hidupnya. Soichiro dan Loh menjadikan Honda terkenal di Malaysia melalui nama
'Boon Siew - Honda', raja motosikal. Selain usaha yang gigih, Boon Siew Sdn.
Bhd. juga diasas pegangan kuat atau falsafah hidup Loh. Hal ini kerana beliau
percaya syarikatnya harus menjadi penggerak utama industri motosikal dan sekali
gus membantu mengembangkan ekonomi Malaysia. Ia telah dibuktikan melalui
pembukaan kilang pemasangan motosikal ‘Boon Siew-Honda’ yang pertama di
Malaysia melalui ‘Kah Motor Co. Sdn. Bhd’ yang ditubuhkan pada tahun 1968
manakala pengeluarannya pula pada tahun 1969. Dengan ciri usahawan iaitu
inisiatif ini telah berjaya menjadikan Tan Sri sebagai usahawan yang berjaya.
Kemampuan untuk menghidup peluang yang ada jelas menjadi kelebihan bagi
seseorang individu untuk menjadi usahawan yang berjaya ( Utusan Online, 2015).
Hal yang demikian, untuk menjadi seseorang usahawan
yang berjaya bukanlah jalan yang mudah untuk dicapai kerana seseorang itu
mestilah bijak dalam meramalkan produk yang sesuai untuk dihasilkan serta dipasarkan.
Produk tersebut mestilah sesuai dengan faktor sosio budaya masyarakat setempat,
contohnya Tan Sri Dato' Loh Boon Siew mengkaji dalam pengeluaran produknya yang
pertama iaitu dengan menjual motosikal Honda
kecil kepada rakannya Malaysia. Motosikal tersebut sesuai kerana saiznya yang
kecil sesuai dengan orang asia yang berbadan kecil. Idea untuk mendapatkan
produk yang sesuai untuk dipasarkan juga bukanlah perlu dijanakan melalui
proses yang panjang atau sukar, tetapi idea yang timbul secara tiba-tiba juga
dapat membantu seseorang itu untuk menjadi usahawan yang berjaya. Contohnya
seperti Tan Sri Loh Boon Siew, idea beliau yang datang secara tiba-tiba semasa
berada di Osaka, Jepun. Sikap inisiatif
diambil disebabkan oleh peristiwa itulah telah membuatkan beliau menjadi
usahawan yang berjaya. Sehingga hari ini, lebih dari 2 juta unit motorsikal Honda berada di atas jalanraya Malaysia
dan 51 tahun usia perkongsian ini idea antara Tan Sri Loh Boon Siew dengan
Soichiro Honda telah banyak memberi kejayaan dalam karier mereka. Hal ini
kerana tertubuhnya “Boon Siew Honda” sebuah organisasi yang dibina atas dasar
semangat, tekad dan paling penting sekali, impian. Kerana Impian dan cita-cita
yang tinggi telah mengilhamkan penghasilan produk-produk innovatif yang
memperbaiki pergerakan dan memberi manfaat kepada masyarakat ( Boon Siew Honda,
2015 ).
TONY FERNANDES
DAN AIR ASIA
Jika sebelum ini kita sering dihidangkan dengan
biografi ringkas tokoh usahawan Melayu
seperti Tan Sri Mokhtar Al Bukhary,
tokoh usahawan Cina seperti Tan Sri Robert Kwok, Kumpulan Mydin, kini saya ingin pula menarik perhatian segenap masyarakat kepada
seorang tokoh usahawan yang luar biasa berketurunan India, iaitu Tan Sri Tony Fernandes, pengasas dan
peneraju syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.
Tony Fernandes yang kini berusia 51 tahun, dilahirkan pada 30 April 1964 daripada sebuah
keluarga campuran Portugis-Goa(India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau
bernama Dr. Stephen Edward Fernandes dan
Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez. Tony Fernandes mengasaskan Tune Air Sdn Bhd
pada tahun 2001, dengan wawasan untuk menjadikan perjalanan udara lebih mampu
kepada rakyat Malaysia. Dengan itu dalam fikiran, Tony tiga orang dan
rakan-rakan beliau yang telah membelikan AirAsia dari pemilik DRB-Hicom.
CIRI USAHAWAN :
BERPANDANGAN JAUH
Beliau merupakan seorang yang sangat berpandangan
jauh ke hadapan dan ini merupakan antara ciri keusahawanan yang telah
membantunya untuk berjaya menubuhkan syarikat penerbangan tambang murah Air
Asia. Buktinya, ketika beliau sedang menuntut di luar negara dan mendapati
ibunya telah meninggal dunia di Malaysia, beliau tidak dapat pulang kerana
harga tiket penerbangan yang mahal. Dari situ timbullah idea beliau untuk
mewujudkan syarikat penerbangan tambang murah. Kita dapat lihat betapa beliau
seorang yang sangat berpandangan jauh ke hadapan.
Beliau juga seorang usahawan yang serba boleh.
Buktinya, beliau turut menjalankan perniagaan lain yang beroperasi di bawah
Kumpulan Tune iaitu Tune Hotels, Tune Money, Tune Talk, Tune Sports, Tune
Studio dan Kuala Lumpur Education City (KLEC). Syarikat penerbagan AirAsia
berada di bawah perniagaan Tune Air. Selain itu, Tan Sri Tony Fernandes juga
membuat pelaburan ke atas MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers dan sebagainya.
Selain itu, beliau juga merupakan seorang usahawan
yang mampu belajar dari kesilapan. Di bawah kepimpinan beliau, syarikat
penerbangan Air Asia dengan hutang RM40 juta menjadi perniagaan yang
berkembang. Syarikat penerbangan itu dibayar balik semua hutang dan telah
berada dalam kedudukan yang menguntungkan dari hari pertama operasi. Dalam
kurang dari 3 tahun, AirAsia meningkatkan dari 2 Boeing sederhana 737-300
kepada 30 dan kini beroperasi lebih 100 penerbangan domestik dan antarabangsa
setiap hari dari KLIA, Johor Bahru, Bangkok dan Jakarta.
Seterusnya, beliau juga mempunyai tahap kesedaran
etika yang sangat tinggi. Misalnya melalui tips kejayaan Air Asia yang
dokongsikan sendiri oleh beliau iaitu melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh
staf. Melalui cara begini, beliau dapat memahami dan mengesan cabaran dalam
operasi syarikat. Selain itu, beliau percaya bahawa setiap pekerja adalah aset
kepada syarikat. Tidak kira di bahagian mana mereka ditempatkan dan apa yang
mereka lakukan, setiap dari mereka adalah penggerak syarikat.
Akhir sekali, beliau merupakan seorang usahawan yang
tegas. Buktinya, beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia,
menafikan sebuah laporan bahawa syarikat itu sedang berdepan beberapa masalah
berhubung penubuhan syarikat penerbangan tambah murah baru, AirAsia India dan
mengatakan bahawa perusahaan lain yang ingin bersaing dengan AirAsia perlu
usaha yang sangat keras untuk mewujudkannya. Sesungguhnya, beliau telah berjaya
merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang
rendah.
TOKOH JIMMY CHOO
Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif
dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang
tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya.
Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti
pokok dan bunga dan juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di
tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan
kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan
kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat
walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi ( Usahawan, 2015 )
Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada
tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat
kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada
ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa ( Usahawan, 2015).
Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan
tamat pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya
menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Menyambung pengajian dalam
bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Pada tahun pertama, bapanya
menanggung pengajiannya tetapi untuk 3 tahun yang seterusnya, beliau melakukan
kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut
demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya ( Arkib Negara, 2015).
CIRI USAHAWAN :
SERBA BOLEH
Datuk Jimmy Choo mempunyai ciri usahawan yang
berjaya iaitu serba boleh. Beliau mampu menyerap dengan baik akan perubahan
zaman yang kini memerlukan fesyen yang terkini. Namun, beliau cuba untuk
berusaha membina empayarnya yang tersendiri dengan membuka kedai kasut dengan
hasil ciptaannya yang tersendiri. Sebagai bukti, selepas tamat pengajian,
beliau bekerja sebagai penolong pereka fesyen di sebuah kilang di Hackney,
London. setelah dua tahun bekerja, Datuk Jimmy Choo mengambil inisiatif untuk
membuka perniagaan sendiri apabila beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya
dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau
terpaksa mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat
menyedihkan. Pada masa itu sangat sukar untuk menjual kasut kerana beliau bukan
orang terkenal. Penglibatan awal di sana sangat susah kerana London bukan kota
kecil dan ia sangat popular. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan
beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK.
Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun
mendapat liputan media jualannya terus merosot ( Usahawan, 2015).
Nasib beliau berubah apabila mendiang Puteri Diana
berkenan dengan rekan kasut Datuk Jimmy Choo dan membelinya. Sejak daripada
itu, nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya menjadi kegilaan artis dan
selebriti di seluruh dunia ( Usahawan, 2015).
Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy Choo,
namun beliau yang serba boleh dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam
mengejar cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga
sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Datuk
Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu,
setiap cabaran merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan. Permulaan
yang penuh dengan liku onak dan duri meletakkan usahawan ini antara yang paling
berjaya dalam bidang pembuatan kasut. Hal ini secara tidak langsung meletakkan
beliau antara golongan jutawan yang terkaya di Malaysia malah di dunia (
Usahawan, 2015).
TOKOH DATUK SANI
Latar belakang tentang penubuhan Bas Sani Express
berdasarkan pemiliknya. Pemilik Syarikat Bas Sani Express ialah Datuk Wan Mohammad Sani Salleh. Datuk Sani dilahirkan
pada tanggal 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. Datuk
Sani adalah anak keempat daripada 6 adik beradik. Datuk Sani mendapat pendidikan Diploma
Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway pada tahun 1994. Datuk Sani dianugerahkan
Darjah Indera Mahkota Pahang(DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan
Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Keusahawan Cemerlang Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia(DPMM) Kuala Lumpur (April,2009).
CIRI USAHAWAN :
BERPANDANGAN JAUH
Pada tahun 2003, Datuk Sani menubuhkan SUSB bertujuan untuk perniagaan pengangkutan. Pada awalnya, beliau mempunyai
dua orang rakan kongsi. Namun, pada akhirnya rakan kongsi Datuk Sani telah
menarik diri. Oeh itu, keputusan yang
perlu dibuat oleh Datuk Sani perlu dibuat dengan bijak kerana beliau tiada
tempat bergantung dan perlu membuat keputusan dengan sendiri tanpa merujuk
kepada sesiapa.
Oleh itu, timbul kesedaran yang tinggi oleh Datuk
Sani bahawa satu perniagaan bukan sesuatu jalan yang mudah. Dengan peluang yang
diberi, Datuk Sani selalu membuat kajian yang terperinci serta menganalisis dan
menstruktur strategi. Beliau tidak menafikan bahawa kesukaran yang dilalui
sebelum ini memberi pulagan yang bermakna kerana Sani Express menjadi peneraju
dalam pengangkutan ekspress di Malaysia
(Mohd.Dahari, 2011).
Pada tahun 2006, Bas Sani Express mendapat sambutan yang
menggalakkan diatas jalan raya. Selepas 3 tahun beroperasi, kakitangan
Sani Ekspress bertambah dari seorang kepada 150 orang. Ini menunjukkan Sani
ekspress berkembang secara luar biasa. Selain itu, pejabat yang kecil berada di
Ukay Perdana , kini ani Ekspress mempunyai wisma sendiri dengan belanja
pengubahsuaian mencecah RM7 juta.
TOKOH TAN SRI DATO ‘AZMAN HASYIM
Tan Sri Dato 'Azman Hashim dilahirkan pada Julai
1939 di Kuala Lumpur didalam sebuah keluarga yang mempunyai seramai tiga belas
adik-beradik dan menghabiskan zaman kanak-kanak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Bapanya adalah seorang garang ketat dan ibunya seorang guru sekolah yang
kemudiannya menjadi Guru Besar Sekolah Kampung Baru Girls '. Pada tahun 1954,
beliau menduduki Peperiksaan Senior Cambridge dan mendapat gred pertama. Beliau
telah ditawarkan perakaunan pada Biasiswa Rancangan Colombo yang membawanya ke
Australia dari tahun 1955 hingga 1960. Beliau menjadi Akauntan Bertauliah
Berkanun dan Setiausaha sebelum usia 21. Beliau menjadi Felo kedua-dua
Chartered Institute of Accountants, Australia (FCA Australia) dan Institut
Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia (FCIS) pada tahun 1960. Kemudian
beliau juga menjadi Ahli Utama Institut Bank-Bank Malaysia, Institut Pengarah
Malaysia dan Institut Pengurusan Malaysia.
CIRI USAHAWAN :
SERBA BOLEH
Menurut Malike Brahim ( 2008 ), serba boleh
diertikan sebagai kemampuan yang pelbagai aspek yang menjurus kepada kejayaan seseorang.
Dalam hal ini, usahawan yang mempunyai ciri – ciri kejayaan pastinya mempunyai
kemampuan yang serba boleh dalam pelbagai aspek misalnya dalam menguruskan
kewangan, menguruskan konflik dalam organisasi, dan menguruskan kejayaan
organisasi sehingga mencapai matlamat. Sebagai contoh, kerjaya Tan Sri Dato
'Azman Hashim adalah seorang tokoh korporat. Pengalaman beliau bermula di
Perth, Australia di mana beliau bekerja dengan Tetuan OL Haines & Co
(Chartered Accountants) 1955-1960. Pada tahun 1960, beliau kembali berkhidmat
dengan Bank Negara Malaysia sehingga Mei 1964 apabila dia meninggalkan untuk
memulakan amalan sendiri perakaunan Azman & Co yang kemudiannya berkembang
menjadi suatu perkongsian, Azman Wong Salleh & Co (Chartered Accountants).
Oleh kerana kemampuan beliau yang serba boleh maka beliau mampu untuk
menghadapai segala cabaran yang ditempuhi. Malah, beliau kemudian menyertai
Lembaga Pengarah Malayan Banking Berhad pada tahun 1966 dan merupakan Pengarah
Eksekutif dari tahun 1971 hingga tahun 1980.
CIRI USAHAWAN :
INTEGRITI DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Dalam menjadi usahawan yang berjaya, kita perlu
mempunyai nilai – nilai murni dan amalan kerja yang baik bagi menghasilkan
pembudayaan kerja yang berhasil. Integriti dan kebolehpercaya merupakan asas bagi
menjayakan sesuatu kerja supaya lebih berkesan dan mampu menghasilkan produk
yang berkualiti. Tambahan, melalui amalan ini maka sesuatu metlamat akan
tercapai dengan baik ( Institut Integriti Malaysia, 2015). Menurut Institut
Integriti Malaysia (2015 ) nilai integriti bererti gabungan kepada kejujuran
dan amanah yang diamalkan oleh seseorang pekerja atau usahawan. Tambahan pula,
kebolehpercayaan pula bermaksud tingkah laku yang mampu memberikan orang lain
yakin akan kebolehan seseorang individu tersebut sehingga mampu untuk mencapai
matlamat yang diinginkan. Melalui nilai ini maka secara tidak langsung
seseorang usahawan mampu untuk mencapai kejayaan. Buktinya, oleh kerana amalan
yang sudah sebati dengan diri Tan Sri Dato ‘Azman Hasyim maka beliau dilantik
sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank Berhad pada tahun 1980 sehingga
tahun 1982 apabila beliau menjadi Pengerusi Kumpulan AmBank sehingga hari ini.
Pada masa ini, Tan Sri Dato 'Azman Hashim adalah Pengerusi Eksekutif Amcorp
Group Berhad dan Pengerusi beberapa anak syarikat Kumpulan AmBank dan juga
Amcorp Properties Berhad ( Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia, 2015).
CIRI USAHAWAN:
KETEPATAN MASA
Ketepatan
masa amat penting dalam menjayakan sesuatu matlamat. Usahawan yang berjaya
tidak akan membuang masanya bahkan menggunakan masa dengan sebaik yang mungkin
( Nazeem Azizan, 2015 ). Usahawan yang berjaya akan meletakkan diri mereka
dalam keadaan yang sentiasa menepati masa. Jika terdapat masa terluang, mereka
akan mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka atau merancang
secara tidak langsung. Ketepatan masa merupakan salah satu ciri yang perlu
ditonjolkan oleh setiap usahawan kepada semua pihak yang mempunyai kepentingan
dengan perniagaan ( Rosli Mahmood, et. al., 2010 ). Pihak yang mempunyai
kepentingan dengan usahawan antaranya ialah pelanggan, pembekal, pekerja,
peguam, bank, akauntan, pekongsia, pemegang saham dan kerajaan. Sifat kejujuran
dan menepati janji amat penting dan perlu dititikberatkan oleh para usahawan
kerana ianya membolehkan usahawan itu mendapat kepercayaan semua pihak yang
berkepentingan dengannya. Contohnya, Tan Sri Dato’ Azman Hasyim senentiasa
menepati masa didalam perniagaan atau di dalam urusan sehariannya. Beliau amat
mengambil berat akan peredaran masa kerana bagi beliau masa iatu ibarat seperti
emas. Beliau akan meneliti secara terperinci akan matlamat organisasi jika
beliau mempunyai kerenggangan masa. Bahkan berliau sering melakukan pemantauan
dari semasa ke semasa akan syarikan Am Bank milik berliau agar matlamat
syarikat akan tercapai dengan sebaik yang mungkin ( Arkib Negara Malaysia, 2015
).
CIRI USAHAWAN : INISIATIF
Para usahawan yang berjaya juga mempunyai
perancangan yang terbaik dan mempunyai inisiatif tersendiri. Menurut Mohamed
Ayub Hassan ( 2008 ) inisiatif membawa erti daya usaha atau gerak pertama. Malah
berliau membuat kesimpulan bahawa para usahawan perlu mengambil langkah yang
terbaik dalam menguruskan perniagaan mereka dalam jangka masa panjang dan
berterusan. Oleh kerana itu, usahawan perlu mengamalkan ciri ini supaya jelas
menunjukkan bahawa usahawan itu mempunyai semangat atau tabiat untuk
melaksanakan tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa. Sikap berinisiatif perlu
ada di dalam diri usahawan agar mereka mampu memperlihatkan ciri – ciri positif
yang ada pada diri mereka. Hal ini penting kerana usahawan yang berjaya akan
bertanggungjawab terhadap sikap, tingkah laku serta perbuatannya. Seseorang
yang berinisiatif perlu bagi menghadapi arus perubahan dan peredaran masa
supaya tidak dianggap ketinggalan. Sebagai contoh, Tan Sri Dato’ Azman Hasyim
telah jelas memperlihatkan sikap inisiatif dalam membuka perniagaan beliau
sehingga diiktiraf sebagai 10 orang yang terkaya di Malaysia dan meduduki
rangking di dalam carta orang yang terkaya di dunia. Malahan, beliau yang
asalnya hanya bekerja sebagai seseorang yang makan gaji, maka dengan sikap
inisiatifnya itu hasilnya, beliau mampu untuk menggunakan ilmu yang ada dan
membuka perniagaannya tersendiri sehingga mampu untuk membina Am Bank yang
terkemuka di dunia ( Majalah Niaga, 2015 ).
CIRI USAHAWAN :
PANDANGAN JAUH
Setiap
usahawan perlu memikirkan masa hadapan agar mencapai hajat yang diinginkan. Pandangan
jauh sama juga seperti bervisi ( Abdul Aziz Ab. Latif, Mohd Abdullah Jusof,
Mohd Azlan Yahya, Osman Jusof, Syahira Hamidon, 2011 ). Maka secara tidak
langsung usahawan yang bervisi pastinya akan menempah kejayaan dalam organisasi
yang dimilikinya tidak kira secara kecil – kecilan mahupun secara besar –
besaran. Seseorang usahawan yang mempunyai visi juga dikelai sebagai ‘visionary’. Pastinya usahawan ini
mempunyai visi dan hala tuju yang ingin dicapai berdasarkan objektif dan
matlamat yang dirangka. Usahawan yang mempunyai visi tahu terhadap segala
tindakkannya iaitu selari dengan matlamat Wawasan
2020 yang digubal bukan sahaja untuk jangka masa pendek, tetapi juga untuk masa
panjang bagi mencapai matlamat dan visi organisasinya. Contohnya, Tan Sri Dato’
Azman Hasyim ini sentiasa mempunyai visi untuk merancang masa depan
organisasinya. Tidak kira apapun pekerjaannya beliau tetap akan sentiasa
berpandangan kehadapan dengan mematuhi langkah – langkah yang telah ditetapkan
bagi mencapai matlamat yang ingin dicapai dengan sebaik yang mungkin. Hasilnya
kini, beliau berjaya di persada dunia ( Arkib Negara Malaysia, 2015 ).
KESIMPULAN
Usahawan
adalah individu yang mempunyai ciri – ciri istimewa yang dapat membezakan
mereka dengan individu yang lain. Banyak perbezaan yang dapat dikenal pasti
malah ciri antara usahawan dengan peniaga, pengurus dan usahawan dalaman telah
diketengahkan. Individu atau masyarakat yang ingin mencapai kejayaan seperti
usahawan perlulah mendalami dan mempunyai ciri – ciri usahawan seperti yang
telah dibincangkan. Terdapat mitos yang sering diperkatakan terhadap usahawan,
namun dengan ilmu pengetahuan yang mantap, masyarakat mula sedar akan
kepentingan usahawan dalam membangunkan ekonomi negara ( Deviga Vengedasalam dan
Karunagaran Madhavan, 2013).
Setiap
individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan negara.
Setiap individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan
kerana ciri – ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakkan usahawan bukanlah
dilahirkan secara semula jadi, tetapi adalah disebabkan faktor – faktor seperti
mempunyai daya inisiatif dan kejayaan yang tinggi, lokus kawalan dalaman yang
tinggi serta berkeyakinan terhadap kebolehan dirilah yang menjadikan mereka
bergitu perkasa di persada dunia. Maka secara tidak langsung kebergantungan
ekonomi juga adalah hasil daripada usahawan yang melakukan perniagaan. Malah,
salah satu naik turunnya ekonomi negara adalah kebergantungan kepada usahawan
yang berjaya membangunkan ekonominya dan hasilnya dapat disumbangkan kepada
ekonomi negara Malaysia ( Deviga Vengedasalam dan Karunagaran Madhavan, 2013).
Tuntasnya,
setiap insan bukan hanya dilahirkan sebagai pewaris kepada usahawan tetapi
setiap insan mempunyai potensi tersendiri untuk menjadi seorang usahawan yang
berjaya di mata dunia maupun di persada antarabangsa. Usahawan juga mampu untuk
merubah dunia jika inovasi yang tinggi, semangat yang berkobar, berani
mengambil risiko dan berdayang saing serta mempunyai inovasi yang tinggi maka
secara tidak langsung ia akan dapat mencorak masa depan individu tersebut
maupun masa depan negara yang tercinta. Oleh yang demikian, sector ekonomi bagi
sesebuah negara juga bergantung kepada usahawan yang berjaya di dalam negara
tersebut ( Deviga Vengedasalam dan Karunagaran
Madhavan, 2013).
RUJUKAN
Utusan
online, 2015 : Arkib negara 1999 -
BoonSiew raja motosikal Malaysia.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=bs_01.htm
Boon
Siew Honda, 2015: Apabila dua impian
individu menjadi kenyataan.
Usahawan.
com, 2015: Kisah kejayaan Dato Jimmy
Choo.
Utusan
Online, 2015 : Arkib Negara - Kehebatan Jimmy Choo.
Mohd.Dahari,
R., 2011: Korporat: Liku kejayaan Sani Ekpress.
Utusan Onlines:
Scribd,
2015: Belajar daripada kesilapan.
Academia.edu,
2015: Definisi kebolehpercayaan.
Portal
Rasmi Institut Integriti Malaysia, 2015: Maksud
integrity.
Poirtal
Rasmi Arkib Negara Malaysia, 2015 : Biodata
Tan Sri Dato’ Azman Hasyim.
Wazeen
Azizan, 2015 : Ciri Usahawan yang
berjaya.
Majalah
Niaga, 2015 : Senarai individu yang
terkaya di Malaysia 2015.
Abdul
Aziz Ab. Latif, Mohd Abdullah Jusoh, Mohd Azlan Yahya, Osman Jusoh, Syahira
Hamidon, 2011
: Asas keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil dan sederhana.
Universiti Malaysia Kelantan.
Deviga
Vengedasalam dan Karunagaran Madhavan, 2013: Principles of economics - 3rd edition.Selangor
Darul
Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan