\
Ya apabila kita berkata tentang ibu ramai antara kita lupa saat - saat bersama dengan ibu kita ketika kita kecil dahulu. Kini semakin kita meningkat dewasa habis segala kenangan manis kian menghilang malah yang kita inginkan "kahwin awal". Padahal saat - saat bersama ibu belum cukup untuk ibu kita merasa nikmat bersama anaknya. Balasan sebagai anak dimana? Kemana hilangnya sumbangan seorang anak kepada ibunya? Sedih bila mendengarkan perkara itu. Ibu orang yang paling gembira apabila kita berkahwin dan mempunyai orang lain. Namun, dihati kecil seorang ibu, bukan lagi menagis dan meronta batinnya kerana penat lelah seorang ibu menjaga anaknya dari kandungan sehingga anaknya mengenal erti sedih dan gembira, erti dosa dan pahala, erti syurga dan neraka, erti manusia yang berguna.
Ya sebelum nafasku pergi begitu sahaja, suka aku menulis segala kenangan aku bersama ibuku. Siti Zaharah Binti Anggam namanya. Dia lahir pada 07/01/1957 di Kota Chanei, Aceh Indonesia. Namun dia membesar di Malaysia di Negeri 9. Dulu ibuku sangat cantik dan menjadi kegilaan ramai. Mau tidaknya, sedikit - sedikit dia akan bercerita akan kisahnya dengan bekas tunangnya, dia akan bercerita bagaimana dia dikejar lelaki yang "handsome", lelaki kaya dan sebagainya. Ketawa terbahak - bahak aku mendengar celoteh ibuku ni. Kata ibuku kami dari keluarga Diraja, tak hairanlah bila aku pulang ke kampung di Negeri 9 atau ketika berada di Kedah nih terkadang saudaraku akan memanggil daku sebagai "Bagindo" atau "Si Ketek(Si kecil) atau "Tengku" atau "Raja Muda". Hemm! Paning aku dibuatnya tetapi tetap layan ja. Hakikatnya kehidupan seperti rakyat biasa sahaja.
Ibuku sangat manja dengan anak - anaknya namun dia tetap tegas jika ada diantara anaknya yang meninggalkan solat, melawan cakap orang tua, tak buat kerja yang disuruh. Habis semua barang dia nak baling dekat anak - anak dia jika terlalu marah. Malah, rotan buluh dan tali pinggang menjadi kegemaran dia untuk memukul anak - anaknya yang tidak mendengar kata. Tambahan aku dengan abangku yang kedua memang seorang yang nakal. Eh, terlupa kami ada empat orang adik - beradik. Yang sulung kakak Nor Hayalis namanya, kedua abang Maha Al-Fatahhillah (gerun dengar), ketiga abang juga Imam Mursyid (Contoh ikutan sangat) dan yang terakhir akulah yang paling kecil M Shahadat Bin Ali Nordin (Sedih bila orang samakan dengan M. Rajoli). Hehe! Memang yang paling manja seperti kebiasaan jawapan orang - orang diluar sana. Hakikatnya aku bukanlah manja tak bertempat, kalau keluarga aku memerlukan duit aku akan mencari atau berikhtiar untuk mencari duit. Hah! Hebat tak. Alah, biasa - biasa ja. Hehe!
Sambung balik! Hah! Ibuku ni, memang yang sangat manja dengan anak - anak dia, pendengar yang baik, pemberi nasihat yang baik, dan yang paling penting, selalu memberi semangat kepada anaknya untuk terus berusaha sehingga berjaya. Pernah sekali aku menang dalam pertandingan Syarahan Agama dan Pidato Piala Diraja dengan mendapat tempat Pertama (Johan), orang yang paling gembira disaat itu adalah ibuku, keluar air matanya ketika diumumkan namaku sebagai (Johan). Habis aku dicium - cium. Malah sewaktu di sekolah dahulu aku sering mendapat cemerlang dalam Ko - Kurikulum dan Akademik.
Aku akan menjemput ibuku untuk datang melihat aku menerima Anugerah Terbaik sepanjang tahun disambil aku akan membuat persembahan kepada ibuku. Anugerah seperti biasa akan diberikan oleh YAM Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik. Ibuku yang paling gembira, habis kawan - kawan dia jemput datang kesekolah walaupun anak mereka tidak bersekolah di sekolah yang sama. Paling mengembirakan aku adalah, ketika di saat ibukuk mengalirkan air mata dan tersenyum malah terselit sedikit ketawa kecilnya. itulah saat yang paling aku suka akan ibuku ketika aku menerima Anugrah dan ketika membuat persembahan di atas pentas. Kan pentas tinggi jadi nampak lah raut wajah ibuku tu.
Rindu memang anugerah dari Allah S.W.T. Memang sukar untuk kita zahirkan hanya mampu untuk berbicara dalam diri seorang sahaja. Kini ibuku mencecah 66 Tahun. Aku tak tahu sama ada sempat aku membahagiakan ibuku atau tidak. Ya Allah diharapkan dengan usiaku kini aku sempat untuk membahagiakan ibuku. Hah! Lagi satu, setiap kali bergambar ibuku suka sangat untuk membuat wajah sedihnya tu. Dan yang sering dikatakannya "Bila lah Mak nak mati nih". Terus aku akan sampuk ibuku "Mak kalau Allah ambil nyawa Mak, harap juga lah Allah ambil nyawa Shahadat sama" terus ibuku sentap. Hah!"Jadi mak jangan kata macam tuh lagi". ujar aku.
Tengoklah wajah ibuku, sedih ja kan. Tapi nilah ibuku yang paling manja, paling aku sayang, dialah hidupku dialah syurga buat ku. Setiap kali aku tak ada duit, dialah orang yang pertama akan memberikan duitnya kepada aku secara terang - terangan maupun secara diam. Dia akan memaksa untuk aku terima wang walaupun aku akan menolaknya. Itulah sikap ibuku, kalau dia kata ambil maka ambil ja lah. Dan dia takkan makan sedap - sedap selagi anak - anaknya tak mendapat makanan yang sedap contohnya makan ayam, sup ekor, gulai kepala ikan besar dan sebagainya.
Kalau nak pergi berjalan - jalan ibuku lah orang yang pertama akan menyertainya. Dia kata bila lagi kalau tidak sekarang. Ibuku akan tersenyum lebar untuk anak - anaknya membawa dia pergi berjalan - jalan. Dah ibuku berkata sedemikian maka anak - anaknya terpaksalah membawa ibuku kemana sahaja walaupun keluar dengan kawan - kawan. Itulah perangai ibuku.
Aku akan bawa dia pergi makan. Aku akan bawa dia pergi minum. Aku akan bawa dia pergi ke tempat - tempat yang sangat cantik dan boleh menenangkan hatinya.
Yang paling mengembirakan daku dan membuatkan kami ketawa ialah ibuku akan tertidur jika jarak perjalanan terlalu jauh ke destinasi yang hendak dituju. Ya kini aku mulai besar panjang. Kini aku menuntut ilmu di Universiti Utara Malaysia dalam Program Pengajian Pengurusan Awam dengan Kepujian. Kalau duit PTPTN aku habis dia akan hullurkan. Namun terkadang aku menolaknya walaupun aku terpaksa mengikat perutku yang lapar. Kerana aku tahu ibuku hanya bekerja sebagai membungkus nasi lemak dan mengurut dari rumah ke rumah. Itulah yang terkadang membuatkan aku berasa cukup bersalah untuk menerima wang daripada ibuku.
Kini aku mula mengorak langkah untuk berjaya sebagai seorang anak yang matang dan berjasa kembali kepada ibu tercinta. Ya aku mula membina empayar aku sebagai seorang anak bongsu yang mampu untuk menjaga ibunya. Itulah janji - janji aku. Dan aku berharap ibuku menghembuskan nafasnya di dalam pelukan ku ini. In syaa Allah. Semoga ibuku mendapat keredhoan daripada Allah S.W.T dan mendapat lindungan Rahmat dari-Nya. Aamiin.
daripada (هامبا الله )
MSAN Baginda M Shahadat Bin Baginda Sheikh Ali Nordin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan