Universiti Utara Malaysia memang satu nama yang cukup hebat di mata dunia. Bukan apa mungkin dengan gelaran The Eminant Management University maka universiti ini berdiri megah dengan nama - nama universiti hebat yang lain. Menjadi lumrah kebiasaan Universiti Awam akan dilihat sebagai sebuah universiti yang mampu untuk melahirkan pelajar yang berkualiti. Namun hakikatnya mampukah para pelajar untuk mencabar diri mereka setanding dengan pelajar - pelajar hebat di setiap universiti yang lain? Tanda tanya yang sering tergiang - giang di telingaku ini.
Pada tahun 2015 ini, nama universiti ini telah berusia selama 30 tahun tetap berdiri megah namanya. Walaubagaimanapun, perkara untuk melahirkan satu graduan yang berkualiti di mata Malaysia apatah lagi dimata dunia bukan mudah seperti yang digambarkan. Maka penilaian demi penilaian serta kemahiran insaniah perlu dititik beratkan oleh pihak universiti agar mampu melahirkan cendekiawan yang berjaya serta mampu untuk berbakti kepada negara tercinta.
Pemimpin? Apakah itu pemimpin? Adakah ia sekadar nama atau picisan semata - mata?
Ya, setiap tempat perlukan pemimpin. Pemimpin adalah seseorang yang mampu untuk mengerakkan anggota sekelilingnya dengan cara menggunakan tenaga atau kuasa yang ada pada diri mereka. Bukan mudah hendak menjadi pemimpin. Perlu ada kemahiran berkomunikasi, tatacara beradap, tahu beprotokol serta mahir dalam banyak bidang. Inilah pemimpin yang ditunggu - tunggu. Namun hakikat di mata sebenar manusia berapa ramai pemimpin yang lalai daripada landasan yang sebenar? Berapa ramai pemimpin yang mudah mengikut naluri hari mereka sahaja?
Ya, aku juga sebagai "Pemimpin". Adakah 'Pemimpin' ini perkara mudah. Ya aku mengakui bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang disukai malah dihormati serta mampu untuk mengendalikan segala proggram dengan baik. Aku bukannya lahir daripada keluarga yang kaya, namun aku mahu belajar erti "Pemimpin".
Maka baru - baru ini aku memilih untuk menjadi "Pemimpin". Sebab apa? Ya itulah jawapan yang selalu belegar di dalam kotak pemikiranku ini. Bulan 11 tahun 2015, aku menerima Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia sebagai Timbalan Yang di-Pertua MPP. Wow.! Hebat bukan. Ya, manusia mana yang tidak mahu dengan jawatan itu. Namun, dalam hati kecilku berkata ini bukan perkara yang mudah. Tergelak sinis di dalam hati kecilku apabila aku mendapat tahu 6022 pelajar UUM ini menyokong aku menjadi MPP pada sesi 2015/2016. Adakah para pelajar memilih aku hanya kerana muka aku seperti Zizan Razak (Pelakon Lawak)? Atau mereka memilih aku kerana aku mampu untuk melaksanakan kerja? Atau mereka memilih aku hanya kerana aku ini mampu untuk membawa suara mahasiswa/wi UUM?
Amanah bukan mudah, sekali dilantik engkau akan merasa bebanan dibahumu itu. Mengigil aku bila aku dapat tahu aku sebagai Timbalan Yang di-Pertua. Dah lah aku selalu sibuk dengan menjadi juruacara majlis inikan pula menjadi Perwakilan Pelajar UUM. Agak kebingungan seketika. Ibarat aku pening seperti tertelan "pil kuda" terhoyong - hayang pemikiranku ini.
Perkara yang paling aku takut adalah engkau akan merasa terancam. Bila masa engkau akan merasa terancam, maka engkau tidak akan senang untuk bergerak kemana - mana pun walaupun ke tandas. Ya! Itulah yang aku rasakan. Ibarat hendak bunuh diri namun aku masih waras dan sihat malah Islam masih didada. Walaupun perlantikan aku tidak merasakan seperti hendak bertanding, namun selepas engkau diasak dan perlu menjalankan tugas. Maka sewaktu itulah engkau akan merasa seperti ada bara api sedang membakar dikau.
Seramai 22,000 pelajar engkau perlu mendengar suara mereka. Namun, hanya 36 ahli MPP hendak melayan semua. Mampukah? Memang diluar jangkauan kami. Pakaian, cara berjalan, cara engkau gelak, cara engkau bersembang, cara engkau bergambar, cara engkau melayan seseorang, habis semua diperhatikan oleh warga disekelilingmu. Rasa seperti pasalah yang hendak masuk penjara dibuatnya.
Tak mengapa. Aku akan buktikan bahawa diriku ini mampu untuk membawa suara mahasiswa/wi ke pihak atasan untuk sebarang masalah yang akan berlaku. Aku juga kan buktikan walaupun sesibuk mana diri ini, maka aku akan tetap untuk pandang kehadapan dengan jalan yang berhati - hati agar aku tidak masuk kelembah kelalaian dan kehinaan dengan begitu sahaja.
Ya! Aku adalah aku. Akan aku terus melangkah kehadapan dengan berani dan berhati - hati. Aku takkan gentar selagi sesuatu perkara itu benar jalannya maka aku akan tegakkan dengan sebaik yang mungkin walau pahit aku rasa.
Aku takkan tunjukkan kerja aku kepada khalayak ramai hanya ingin mencari populariti tetapi aku akan berkerja dengan sehabis yang mungkin hanya untuk mencapai akan perkara yang telah aku laksanakan atau apa - apa yang telah aku katakan sewaktu aku bertanding Pilihanraya Kampus dahulu.
daripada (هامبا الله )
Baginda Shahadat Nordin Baginda Sheikh Ali Nordin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan