Sabtu, 26 Disember 2015

Ibu Hidupku Ibu Syurgaku

\

Ya apabila kita berkata tentang ibu ramai antara kita lupa saat - saat bersama dengan ibu kita ketika kita kecil dahulu. Kini semakin kita meningkat dewasa habis segala kenangan manis kian menghilang malah yang kita inginkan "kahwin awal". Padahal saat - saat bersama ibu belum cukup untuk ibu kita merasa nikmat bersama anaknya. Balasan sebagai anak dimana? Kemana hilangnya sumbangan seorang anak kepada ibunya? Sedih bila mendengarkan perkara itu. Ibu orang yang paling gembira apabila kita berkahwin dan mempunyai orang lain. Namun, dihati kecil seorang ibu, bukan lagi menagis dan meronta batinnya kerana penat lelah seorang ibu menjaga anaknya dari kandungan sehingga anaknya mengenal erti sedih dan gembira, erti dosa dan pahala, erti syurga dan neraka, erti manusia yang berguna.


Ya sebelum nafasku pergi begitu sahaja, suka aku menulis segala kenangan aku bersama ibuku. Siti Zaharah Binti Anggam namanya. Dia lahir pada 07/01/1957 di Kota Chanei, Aceh Indonesia. Namun dia membesar di Malaysia di Negeri 9. Dulu ibuku sangat cantik dan menjadi kegilaan ramai. Mau tidaknya, sedikit - sedikit dia akan bercerita akan kisahnya dengan bekas tunangnya, dia akan bercerita bagaimana dia dikejar lelaki yang "handsome", lelaki kaya dan sebagainya. Ketawa terbahak - bahak aku mendengar celoteh ibuku ni. Kata ibuku kami dari keluarga Diraja, tak hairanlah bila aku pulang ke kampung di Negeri 9 atau ketika berada di Kedah nih terkadang saudaraku akan memanggil daku sebagai "Bagindo" atau "Si Ketek(Si kecil) atau "Tengku" atau "Raja Muda". Hemm! Paning aku dibuatnya tetapi tetap layan ja. Hakikatnya kehidupan seperti rakyat biasa sahaja. 

Ibuku sangat manja dengan anak - anaknya namun dia tetap tegas jika ada diantara anaknya yang meninggalkan solat, melawan cakap orang tua, tak buat kerja yang disuruh. Habis semua barang dia nak baling dekat anak - anak dia jika terlalu marah. Malah, rotan buluh dan tali pinggang menjadi kegemaran dia untuk memukul anak - anaknya yang tidak mendengar kata. Tambahan aku dengan abangku yang kedua memang seorang yang nakal. Eh, terlupa kami ada empat orang adik - beradik. Yang sulung kakak Nor Hayalis namanya, kedua abang Maha Al-Fatahhillah (gerun dengar), ketiga abang juga Imam Mursyid (Contoh ikutan sangat) dan yang terakhir akulah yang paling kecil M Shahadat Bin Ali Nordin (Sedih bila orang samakan dengan M. Rajoli). Hehe! Memang yang paling manja seperti kebiasaan jawapan orang - orang diluar sana. Hakikatnya aku bukanlah manja tak bertempat, kalau keluarga aku memerlukan duit aku akan mencari atau berikhtiar untuk mencari duit. Hah! Hebat tak. Alah, biasa - biasa ja. Hehe!

Sambung balik! Hah! Ibuku ni, memang yang sangat manja dengan anak - anak dia, pendengar yang baik, pemberi nasihat yang baik, dan yang paling penting, selalu memberi semangat kepada anaknya untuk terus berusaha sehingga berjaya. Pernah sekali aku menang dalam pertandingan Syarahan Agama dan Pidato Piala Diraja dengan mendapat tempat Pertama (Johan), orang yang paling gembira disaat itu adalah ibuku, keluar air matanya ketika diumumkan namaku sebagai (Johan). Habis aku dicium - cium. Malah sewaktu di sekolah dahulu aku sering mendapat cemerlang dalam Ko - Kurikulum dan Akademik.

Aku akan menjemput ibuku untuk datang melihat aku menerima Anugerah Terbaik sepanjang tahun disambil aku akan membuat persembahan kepada ibuku. Anugerah seperti biasa akan diberikan oleh YAM Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik. Ibuku yang paling gembira, habis kawan - kawan dia jemput datang kesekolah walaupun anak mereka tidak bersekolah di sekolah yang sama. Paling mengembirakan aku adalah, ketika di saat ibukuk mengalirkan air mata dan tersenyum malah terselit sedikit ketawa kecilnya. itulah saat yang paling aku suka akan ibuku ketika aku menerima Anugrah dan ketika membuat persembahan di atas pentas. Kan pentas tinggi jadi nampak lah raut wajah ibuku tu. 

Rindu memang anugerah dari Allah S.W.T. Memang sukar untuk kita zahirkan hanya mampu untuk berbicara dalam diri seorang sahaja. Kini ibuku mencecah 66 Tahun. Aku tak tahu sama ada sempat aku membahagiakan ibuku atau tidak. Ya Allah diharapkan dengan usiaku kini aku sempat untuk membahagiakan ibuku. Hah! Lagi satu, setiap kali bergambar ibuku suka sangat untuk membuat wajah sedihnya tu. Dan yang sering dikatakannya "Bila lah Mak nak mati nih". Terus aku akan sampuk ibuku "Mak kalau Allah ambil nyawa Mak, harap juga lah Allah ambil nyawa Shahadat sama" terus ibuku sentap. Hah!"Jadi mak jangan kata macam tuh lagi". ujar aku.



Tengoklah wajah ibuku, sedih ja kan. Tapi nilah ibuku yang paling manja, paling aku sayang, dialah hidupku dialah syurga buat ku. Setiap kali aku tak ada duit, dialah orang yang pertama akan memberikan duitnya kepada aku secara terang - terangan maupun secara diam. Dia akan memaksa untuk aku terima wang walaupun aku akan menolaknya. Itulah sikap ibuku, kalau dia kata ambil maka ambil ja lah. Dan dia takkan makan sedap - sedap selagi anak - anaknya tak mendapat makanan yang sedap contohnya makan ayam, sup ekor, gulai kepala ikan besar dan sebagainya.


Kalau nak pergi berjalan - jalan ibuku lah orang yang pertama akan menyertainya. Dia kata bila lagi kalau tidak sekarang. Ibuku akan tersenyum lebar untuk anak - anaknya membawa dia pergi berjalan - jalan. Dah ibuku berkata sedemikian maka anak - anaknya terpaksalah membawa ibuku kemana sahaja walaupun keluar dengan kawan - kawan. Itulah perangai ibuku.


Aku akan bawa dia pergi makan. Aku akan bawa dia pergi minum. Aku akan bawa dia pergi ke tempat - tempat yang sangat cantik dan boleh menenangkan hatinya.


Yang paling mengembirakan daku dan membuatkan kami ketawa ialah ibuku akan tertidur jika jarak perjalanan terlalu jauh ke destinasi yang hendak dituju. Ya kini aku mulai besar panjang. Kini aku menuntut ilmu di Universiti Utara Malaysia dalam Program Pengajian Pengurusan Awam dengan Kepujian. Kalau duit PTPTN aku habis dia akan hullurkan. Namun terkadang aku menolaknya walaupun aku terpaksa mengikat perutku yang lapar. Kerana aku tahu ibuku hanya bekerja sebagai membungkus nasi lemak dan mengurut dari rumah ke rumah. Itulah yang terkadang membuatkan aku berasa cukup bersalah untuk menerima wang daripada ibuku.

Kini aku mula mengorak langkah untuk berjaya sebagai seorang anak yang matang dan berjasa kembali kepada ibu tercinta. Ya aku mula membina empayar aku sebagai seorang anak bongsu yang mampu untuk menjaga ibunya. Itulah janji - janji aku. Dan aku berharap ibuku menghembuskan nafasnya di dalam pelukan ku ini. In syaa Allah. Semoga ibuku mendapat keredhoan daripada Allah S.W.T dan mendapat lindungan Rahmat dari-Nya. Aamiin.

daripada (هامبا الله )
MSAN Baginda M Shahadat Bin Baginda Sheikh Ali Nordin

Sabtu, 19 Disember 2015

Menunggang Kuda "Contohi Akhlak Rasulullah s.a.w"


Tahu tak macam mana nak contoh Akhlak Baginda Junjungan Rasulullah s.a.w? Ceritanya ada dibawah ini. Maka baca dahulu dan carilah ilmu dengan sebaik yang mungkin.

Menunggang kuda sesuatu yang sangat menyeronokkan dan begitu mengujakan. Walaupun spesis ini dilihat amat jinak dan mudah untuk dikendalikan. Hah! Cuba dulu baru tahu. Sukar sebenarnya hendak mengendalikan kuda. Apa - apalah jenisnya, yang penting ia amat sukar untuk dikendalikan jika kita tak ada pengalaman dan cara - cara hendak mengendalikan kuda.

Yang seronoknya baru - baru ini pengalaman waktu kecil - kecil dahulu berulang kembali. Aku menaiki kuda. Wow! memang besar dan agak menakutkan. Sebab apa? Sebabnya aku mendapat kuda hitam dan namanya pun "Romeo". Ditambah lagi pula dengan cerita - cerita daripada penjaga kuda ni. Dia kata "Adik nak naik ka kuda nih, kuda nih sangat agresif dan selalu kalau orang salah pegang dia akan menendang atau melompat - lompat seperti terkena air panas. Tapi cubalah". Dalam hati kecilku ni, dah la jenis pantang dicabar. Nah! memang aku cuba naik lah jawabnya, hah! bagi lagi cadangan macam tuh, memang aku akan cuba lah. Memang seronok, macam nak bela lagi satu ja.


Nih lah kudanya. Hehee! dia tengok je kamera. Nasib baik jangan tendang aku sudah. Dah la aku nih jenis cepat terkejut, Walaubagaimanapun, aku mampu untuk mengawal kuda nih. Mereka (penjaga kuda) kata kuda nih selalunya sukar untuk rapat dengan orang baharu macam mana adik boleh kawal.?



Walaupun dikawal dengan rapi, aku mampu juga untuk mengawal kuda nih. Memang power lah bila kita mampu untuk mengawal kuda agresif nih. nak tahu ka caranya?


Caranya mudah sahaja. Kita hanya berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w serta sedekahkan Al - Fatihah kepada Baginda s.a.w kemudian sedekahkan Al - Fatihah kepada Nabi Sulaiman a.s serta kepada Sultana Aulia Sheikh Abd Khodir Al-Jelani r.a. Niatkan dalam hati kemudian berpesan kepada kuda yang ganas atau binatang yang ganas. Pasti mereka akan tunduk. Yang penting berdoa kepada Allah S.W.T dan buat perkara tersebut. Pasti akan berjaya. Itulah rahsianya. Apa - apapun aku memang tak pernah dapat atau menunggang kuda yang agresif dalam hidup aku nih. Cubalah ya.


Jadi, bila dah dapat kawal maka senang lah. Boleh tersenyum kepada kawan - kawan dan yang penting kena tetap "Cantik" serta hanya mampu tersenyum kepada penjaga kuda tersebut kerana aku mampu untuk mengawal kuda ini. Best sangat sahabat sekalian.

Jangan lupa cadangan yang diberikan. Hanya buat perkara mudah sahaja. Maka engkau akan dapat merasakan  kesenangan bila dikau mampu untuk mengawal kuda ini atau binatang lainnya. Jom enjoy.

daripada (هامبا الله )
Baginda Shahadat Nordin Baginda Sheikh Ali Nordin

Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia




Universiti Utara Malaysia memang satu nama yang cukup hebat di mata dunia. Bukan apa mungkin dengan gelaran The Eminant Management University maka universiti ini berdiri megah dengan nama - nama universiti hebat yang lain. Menjadi lumrah kebiasaan Universiti Awam akan dilihat sebagai sebuah universiti yang mampu untuk melahirkan pelajar yang berkualiti. Namun hakikatnya mampukah para pelajar untuk mencabar diri mereka setanding dengan pelajar - pelajar hebat di setiap universiti yang lain? Tanda tanya yang sering tergiang - giang di telingaku ini.

Pada tahun 2015 ini, nama universiti ini telah berusia selama 30 tahun tetap berdiri megah namanya. Walaubagaimanapun, perkara untuk melahirkan satu graduan yang berkualiti di mata Malaysia apatah lagi dimata dunia bukan mudah seperti yang digambarkan. Maka penilaian demi penilaian serta kemahiran insaniah perlu dititik beratkan oleh pihak universiti agar mampu melahirkan cendekiawan yang berjaya serta mampu untuk berbakti kepada negara tercinta.

Pemimpin? Apakah itu pemimpin? Adakah ia sekadar nama atau picisan semata - mata?
Ya, setiap tempat perlukan pemimpin. Pemimpin adalah seseorang yang mampu untuk mengerakkan anggota sekelilingnya dengan cara menggunakan tenaga atau kuasa yang ada pada diri mereka. Bukan mudah hendak menjadi pemimpin. Perlu ada kemahiran berkomunikasi, tatacara beradap, tahu beprotokol serta mahir dalam banyak bidang. Inilah pemimpin yang ditunggu - tunggu. Namun hakikat di mata sebenar manusia berapa ramai pemimpin yang lalai daripada landasan yang sebenar? Berapa ramai pemimpin yang mudah mengikut naluri hari mereka sahaja?

Ya, aku juga sebagai "Pemimpin". Adakah 'Pemimpin' ini perkara mudah. Ya aku mengakui bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang disukai malah dihormati serta mampu untuk mengendalikan segala proggram dengan baik. Aku bukannya lahir daripada keluarga yang kaya, namun aku mahu belajar erti "Pemimpin". 

Maka baru - baru ini aku memilih untuk menjadi "Pemimpin". Sebab apa? Ya itulah jawapan yang selalu belegar di dalam kotak pemikiranku ini. Bulan 11 tahun 2015, aku menerima Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia sebagai Timbalan Yang di-Pertua MPP. Wow.! Hebat bukan. Ya, manusia mana yang tidak mahu dengan jawatan itu. Namun, dalam hati kecilku berkata ini bukan perkara yang mudah. Tergelak sinis di dalam hati kecilku apabila aku mendapat tahu 6022 pelajar UUM ini menyokong aku menjadi MPP pada sesi 2015/2016. Adakah para pelajar memilih aku hanya kerana muka aku seperti Zizan Razak (Pelakon Lawak)? Atau mereka memilih aku kerana aku mampu untuk melaksanakan kerja? Atau mereka memilih aku hanya kerana aku ini mampu untuk membawa suara mahasiswa/wi UUM?


Amanah bukan mudah, sekali dilantik engkau akan merasa bebanan dibahumu itu. Mengigil aku bila aku dapat tahu aku sebagai Timbalan Yang di-Pertua. Dah lah aku selalu sibuk dengan menjadi juruacara majlis inikan pula menjadi Perwakilan Pelajar UUM. Agak kebingungan seketika. Ibarat aku pening seperti tertelan "pil kuda" terhoyong - hayang pemikiranku ini.


Perkara yang paling aku takut adalah engkau akan merasa terancam. Bila masa engkau akan merasa terancam, maka engkau tidak akan senang untuk bergerak kemana - mana pun walaupun ke tandas. Ya! Itulah yang aku rasakan. Ibarat hendak bunuh diri namun aku masih waras dan sihat malah Islam masih didada. Walaupun perlantikan aku tidak merasakan seperti hendak bertanding, namun selepas engkau diasak dan perlu menjalankan tugas. Maka sewaktu itulah engkau akan merasa seperti ada bara api sedang membakar dikau.

Seramai 22,000 pelajar engkau perlu mendengar suara mereka. Namun, hanya 36 ahli MPP hendak melayan semua. Mampukah? Memang diluar jangkauan kami. Pakaian, cara berjalan, cara engkau gelak, cara engkau bersembang, cara engkau bergambar, cara engkau melayan seseorang, habis semua diperhatikan oleh warga disekelilingmu. Rasa seperti pasalah yang hendak masuk penjara dibuatnya. 

Tak mengapa. Aku akan buktikan bahawa diriku ini mampu untuk membawa suara mahasiswa/wi ke pihak atasan untuk sebarang masalah yang akan berlaku. Aku juga kan buktikan walaupun sesibuk mana diri ini, maka aku akan tetap untuk pandang kehadapan dengan jalan yang berhati - hati agar aku tidak masuk kelembah kelalaian dan kehinaan dengan begitu sahaja.


Ya! Aku adalah aku. Akan aku terus melangkah kehadapan dengan berani dan berhati - hati. Aku takkan gentar selagi sesuatu perkara itu benar jalannya maka aku akan tegakkan dengan sebaik yang mungkin walau pahit aku rasa.

Aku takkan tunjukkan kerja aku kepada khalayak ramai hanya ingin mencari populariti tetapi aku akan berkerja dengan sehabis yang mungkin hanya untuk mencapai akan perkara yang telah aku laksanakan atau apa - apa yang telah aku katakan sewaktu aku bertanding Pilihanraya Kampus dahulu.

daripada (هامبا الله )
Baginda Shahadat Nordin Baginda Sheikh Ali Nordin






Selasa, 15 Disember 2015

KEKANDAKU DENGAN WANGNYA



Wang bukan segala - galanya.
Ya hari ini 11/12/2015 (Isnin) aku menerima RM 100 daripada Kekandaku sendiri. Dia cuba masukkan ke dalan beg dompetku dengan nilai yang sangat banyak. Masya-Allah terkelu lidahku apabila aku melihat sejumlah wang yang sangat banyak di dalam dompetku ini. Aku tahu dia belum berkemampuan malah tidak punyai pekerjaan yang tetap. Masalah kewangan yang tidak menentu. Ya Allah kekandaku ini cuba untuk menyembunyikan sesuatu ke dalam sakuku Ya Allah. Tanpaku sedar kekandaku ini memberikan semua wang di dalam dompetnya ke dalam dompetku Ya Allah. Ya Allah tak mampu aku bersuara Ya Allah, tak mampu jua daku bertanya, malah air mataku Ya Allah menjadi saksi segalanya. Allahuakhbar.

Adakah rezeki ini satu ganjaran atau ujian Ya Allah. Inikah yang dikau beri Ya Allah kepadaku. Dikau mendengar rintihan daku Ya Allah. Tersentak hatiku pabila aku mulai lapar disaat perutku menunggu nasi atau sesuatu untuk diisi kedalamnya, kekandaku menunjukkan wajahnya yang ceria dan memujuk daku yang berduka. Ya kekandaku ini Baginda Imam Mursyid Bin Baginda Sheikh Ali Nordin Caniago cuba memujuk daku secara diam. Walaupun tidak mempunyai pelajaran yang tinggi, walaupun tidak mampu untuk beromantik, namun semangat juangnya yang tinggi membuatkan aku sentiasa menjadi berani untuk tampil kehadapan dengan cabaran dan dugaan.

Ya Allah lapangkanlah rezeki kekandaku ini yang banyak membantu manusia sekelilingnya malah mampu untuk berdiri atas kaki sendiri. Ya Allah ampunilah dosa - dosanya Ya Allah. Berikanlah dia petunjuk dan hidayah akan segala perlakuan dan tindakkannya. Ya Allah bantulah kekandaku ini dalam perjuangan hidupnya, Semoga kekandaku ini sentiasa bertaqwa kepada-Mu malah sentiasa sujud kepada - Mu Ya Allah.

Ya Allah kekandaku ini sanggup memasukkan sejumlah wang ke dalam dompetku Ya Allah disaat daku kekosongan dan mengharap bantuan dari- Mu Ya Allah. Tempatkanlah kekanda ku ini dalam kalangan orang - orang yang bertaqwa serta beriman. Berikanlah gandaan rezeki kepadanya Ya Allah. Berikanlah orang yang mampu menjaga kekanda ku, pasangan yang baik dan bila daku tiada nanti tolong jagakan dia Ya Allah atau peliharalah kekandaku ini Ya Allah bila engkau cabut nyawanya kelak.

Ya Allah daku manusia yang kerdil dan hina. Perdengarkanlah kata - kataku ini Ya Allah. Daku berharap kisah kekandaku ini menjadi contoh ikutan Ya Allah sesuai dengan namanya Ya Allah, menjadi contoh ikutan dan teladan. Jadikanlah dunia ini di tangannya tetapi tidak dihatinya. Jadikanlah Akhirat dihatinya malah diamalkannya.

daripada (MSAN هامبا الله ) 

Ahad, 28 Jun 2015

KEHENDAK ZAMAN



1. BERPENGETAHUAN
Dalam dunia yang serba canggih kini, kita perlu sedar akan kepentingan dalam meneruskan kehidupan dengan cabaran dan rintangan yang kira sendiri tidak mengetahuinya apakah yang mungkin terjadi kepada negara, bangsa, agama an juga kepada diri kita sebagai insan yang diamanahkan untuk terus memikul tanggungjawab menguruskan sumber yang ada di muka bumi ini.

Maka berpengetahuan dalam sesuatu perkara sangat penting untuk kelangsungan kehidupan. Biar kita dipandang rendah atau dipanggil 'bodoh' dalam sesuatu perkara namun jangan kita menjadi seperti 'bodoh sombong' bererti kita tidak menahu akan perkara yang perlu dilakukan namun kita pura - pura tahu untuk melakukan. Hal ini sebenarnya akan memerangkap diri kita kelembah kehinaan dan mungkin akan dipandang hina di mata masyarakat. Sebagai contoh, kita mempunyai ilmu akan mengendalikan jentera berat atau dalam bidang pengiraan, maka kita perlu berkongsi dengan sesiapa sahaja yang memerlukan bahkan kita mengaplikasikan ilmu pengetahuan tersebut untuk mencipta sesuatu yang baharu atau melaksanakan sesuatu yang perlu dilakukan. Inilah yang dikatakan sebagai berpengetahuan. Tambahan, kita perlu untuk menguasai beberapa ilmu yang lainnya agar diri kita dapat dihindarkan daripada perkara - perkara mazmumah atau tidak baik yang boleh menghancurkan kehidupan kita.

2. BERANI
Aspek keberanian memang tidak dapat disangkal lagi. Setiap makluk yang diciptakan mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam mengendalikan sesuatu perkara. Namun begitu, aspek keberanian perlu disertakan agar sesuatu bidang pekerjaan atau sesuatu perkara yang kita ingin laksanakan dapat berjalan dengan lancar. Seseorang individu tersebut tidak akan dapat melakukan pekerjaan jika sifat keberanian ini tidak diserlahkan dengan sebaik yang mungkin. Sebagai contoh, seorang pelajar atau pekerja perlu membentangkan kertas kejanya maka sifat keberanian perlu diserlahkan beserta ilmu yang dimiliki agar mampu untuk mempengaruhi orang disekelilingnya serta berjaya.

3. BERTANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara atau amanah yang telah diberikan perlu untuk kita laksanakan dengan sebaik yang mungkin. Zaman yang serba modenisasi mengharapkan setiap insan atau manusia untuk bekerja dengan penuh sifat kebertanggungjawaban untuk mengharungi norma - norma kehidupan yang kian merundung kekecewaan.Lihat sahaja setiap hari, setiap detik, setiap ketika ada sahaja perkara negetif sering berlaku di Nusantara ini malahan di setiap pelosok dunia. Maka kebertanggungjawaban inilah yang perlu dipikul dan dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin oleh manusia agar sumber - sumber hasil bumi tidak terhakis dalam keadaan yang menyedihkan.

Tuntasnya, tiga perkara yang perlu dilihat dalam keadaan zaman yang serba modenisasi kini iaitu berpengetahuan luas, berani dan bertanggungjawab. Hal ini merupakan suatu perkara yang bukannya baharu akan tetapi telah lama di praktikan dalam kehidupan terutamanya bagi kepercayaan masyarakat Islam dahulu kala sehingga kini. Mereka perlu melakukan perkara tersebut. Namun, anasir - anasir yang jahat mampu menggugat diri mereka sehinggakan perkara yang tidak elok sering berlaku di dalam negara ini.



Selasa, 16 Jun 2015

Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak ke SMK Tunku Abdul Malik

LAWATAN YANG TAK DIDUGA


Gambar: Petikan Google : Lawatan Beliau Ke SMK Tunku Abdul Malik

SMK Tunku Abdul Malik sebuah sekolah yang diwayatnya 50 tahun pada tahun ini 2015. Namun, masih megah berdiri dan cantik dihiasi dengan taman dan juga keluasan padang yang sangat cantik. Dahulu memang sukar untuk kita mengenali akan sekolah warisan lamanya ini. Namun, kini dengan kecanggihan teknologi dan juga perubahan teknologi yang diperlukan manusia maka segala yang terbuku mula merentas sempadan.

Ya dia jiwa pahlawan memang tidak dinafikan. Lawatan ke sekolah yang tiada apa - apa ini menyebabkan segala usaha dan juga segala kecemerlangan mula digapai setelah lawatan beliau. Kini beliau menjadi Perdana Menteri. Memang tidak disangka  dahulu lain sekarang lain. Dialah dahulu kini dan selamanya selagi nyawa belum dicabut oleh Tuhan yang Maha Esa. Perbuatan baik memang selalu dikenang orang dan disanjung. Namun secebis kejahatan akan diingati sampai mati malah dikecam zaman - berzaman.

Manusia yang hebat takkan pernah mengaku kalah. Namun, manusia yang tidak hebat kan mudah tersungkur diasaat diduga walau sebesar zarah. Ya, aku ingin menjadi manusia yang sebenarnya yakni manusia yang mampu memberikan sumbangan kepada seluruh bangsa dan negara tercinta. Demi agama, demi negara akan aku usahakan untuk mempertahankan daripada pencerobohan yang durjana yang cuba untuk menghancurkan anak bangsa tercinta ini. Aku tetap aku dengan harapan yang jitu.

Pergorbanan perlu dilakukan dengan berlandaskan Islam, Al-Quran dan juga Hadith. Perjuangan perlu diteruskan seperti mana pejuang Islam dahulu kala. Maka segala keperitan harus dihadapi dengan sebaik mungkin. Sedikit petikan daripada kata - kata beliau :

 "Usaha perlu berlandaskan syariat dan juga jangan mengaku kalah"

Aku akan ingat sampai mati. Yang baik kita ambil tetapi yang tidak baik dan bercanggah dengan syariat maka kita halang dengan sebaik mungkin. Insyallah kita akan berjaya dunia dan akhirat.

( Daripada MSAN  هامبا الله )

DIALAH PEJUANG SETIA


DIALAH GURU DIALAH PEJUANG TANAH AIRKU


Gambar : Pn Aini Ahmad ( Lecture's Utara Malaysia University )

Memang sukar menerima disaat aku mula mengenalinya. Ya, segala yang diajar seperti biasa, ilmu yang dicurah sama seperti diajarkan kepada anak didiknya yang lain. Mungkin satu kebetulan aku mengenali dirinya. Raut wajah yang tenang takkan pernah dilupakan. Kemas dalam penampilan itulah daya tarikan. Lontaran suara yang tersusun membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar menjadi tertawan.

Seawal perkenalan aku hanya seperti biasa. Tak kenal maka terdiam sejenak. Namun, lama kelamaan akulah yang paling bising di dalam kelas "English Comunication" salah satu subjet yang wajib diambil sebelum keperingkat seterusnya. Ya, banyak cakap sudah tentu ramai yang suka ramai pula yang tak suka. Cuma hanya mampu aku katakan buat "slumber" ja. Memang sukar hendak membina hubungan antara rakan baru yang dikenali dengan guru yang baru diketemui. Hermm... layan saja yang mampu terdetik dalam kamar hati aku.

Pertengahan semester membuatkan aku dan si dia menjadi semakin erat cuma terkadang aku alpa akan menegur dirinya di jalanan. Malu kata diriku. Cuma hanya mampu aku melihat akan gelagat si dia dengan suami tercinta berserta anaknya. Sekarang dia sedang membawa satu lagi amanah yang baru. Ertinya, tambah lagi satu. Semoga sihat dan ceria selalu dan mampu memberi harapan serta nafas baru buat si dia yang sedang dalam beberapa bulan membawa cahaya mata yang baru. Huhuhuuu..! Mungkin saatnya aku membalas jasanya hanya mampu berdoa.


Gambar : Bersama anak murid Penerus Legasi Ilmu

Saat yang genting apabila segala ilmu yang diajarkan perlu dipraktikan kedalam peperiksaan akhir semester. Ya.. lagi pun aku tak sepandai manusia lain lahir - lahir terus cerdik. Hanya mampu aku berserah kepada Illahi untuk aku meneruskan langkah dalam subjek ini. Subjek yang paling aku minat namun sukar untuk diingat. Mungkin malas. Si dialah yang banyak berkorban untuk anak bangsanya. Apakah keputusannya aku tidak tahu. Yang penting jawab apa yang dipelajari.

Aku mula terlalu sibuk dengan tugasan yang bermacam ragamnya. Peperiksaan juga perlu aku tempuh. Malah segala amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas diriku perlu dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin. Aku tetap aku terkadang malas mendatang namun aku tetap dengan pendirianku lakukan kerja apa yang diminta. Maaf kan daku andai terlepas pandang akan segala hasil kerja yang di lakukan selama ini.

Terakhir namun bukan berakhir. Maafkan diriku ini andai daku terkasar dan tersalah di mana - mana sepanjang daku mengenali akan dirimu. Malah sepanjang pengajaranmu... ada diri ini melukai serta menguris hatimu yang ikhlas mengajar akan diriku ini. Maafkan daku wahai guru. Maafkan daku wahai sang pencinta Ilmu. Aku tak sempurna yang diharapkan... Hanya mampu aku melakukan apa yang terbaik buat dirimu. Dan juga "Subject" Mu..

Gambar nih ja yang termampu.. Dikau Pejuang Hatiku.. Dikau Pejuang Ilmu yang punya Satu(Illahi).

by Shahadat Nordin (هامبا الله )