Hitam Atau Putih
Sumber : Google Image
Dalam perjalanan hidup ini ada hitam dan ada putih. Yang mana satu hendak dituju, adakah kita inginkan yang hitam, adakah kita inginkan yang putih. Hitam jalan yang kiri tidak selamat. Putih jalan selamat bagi insan yang beriman. Tepuk dada tanya selera. Biar apapun hitam maupun putih tidak rela ku memaksa nadi - nadi yang bernyawa di atas bumi Tuhan ini untuk memilihnya. Bukankah kita diberi pilihan..? bukankah Kita sedia mengetahui neraka maupun syurga. Kini hanya bertebaran pahala, dosa dan noda.
Nyawa diciptakan bukan hanya sia - sia dan bukan hanya sementara. Apakah sementara..? Masih ada yang tertanya - tanya. Aku bukan ulamak, aku bukan ustaz. Tetapi aku khalifah, aku perlu tegakkan apa yang perlu ditegakkan dari dulu yang bengkok dan kini perlu aku luruskan.
Aku maksudkan sementara. Perkataan ini yang bermain di minda manusia. Kerana kehidupan, kita hanya leka dengan dunia yang jelas bermain dimata. Dunia hanya mampu disentuh seketika. Dunia hanya mampu merasa seketika bukan tuk selamanya. Dunia hanya dalam sekelip mata sahaja. Adakah dikau mahukan perkara ini menerja hanya sementara..?
Bukankah dikau dahulu pernah berkata "ah.. aku hidup untuk bersuka ria.." atau bukankah kau ada berkata "Eh... ini hanya sementara bukan untuk selamanya.. bukan dan bukan..." yang mana satu aku tidak tahu akan niat dan kehendak kamu itu.. Aku hanya insan yang mampu menegur dirimu bukan untuk membawa engkau terus menerpa Neraka yang pastinya panas tidak terkira.
Adakah dikau berfikir perkara itu. Sekarang aku bertanya yang mana pilihanMu yang Hitam atau yang Putih...??? Yang mana satu..??? Ini bukan mainan. Ini bukan rekaan.. Ini adalah kehidupanMu pada masa hadapan yang entah apa akan berlaku aku sendiri tidak mengerti..
Tetapi jika aku dipilih antara hitam maupun putih, aku akan memilih putih kerana apa..??? Kerana putihlah SunnaH Nabiku, kerana putihlah senang untuk aku mencorak, kerana putihlah asal kejadianKu sebelum lahir menzahir di dunia, kerana putihlah akan aku serah kembali kepada-Nya. Jelaskah....??? Sekarang yang mana pilihanMu hitam maupun putih...??
Pilih satu antara dua...
MSAN (هامبا الله )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan