Sumber: Shahadat Nordin ( Facebook )
Cinta...
Apakah itu cinta. Adakah ia sejenis sifat. Adakah ia sejenis barang yang boleh engkau bolak - balik. Hah..! bukan aku tidak tahu semua orang bercinta. Tapi pada siapa...?
Cinta...
Bukan rekaan semata - mata. Ia adalah lumrah dititikkan buat insan sejak azali. Bukan mainan gelak ketawa. Ia amat sukar untuk dicipta. Setiap minit, tiap kali insan lahir lantas diberi peluang bernafas sebagai manusia maka lahirnya sekali cinta itu. Namun adakah dikau sedar akan ertinya cinta...???
Cinta...
Jika kita selami hati nurani... Lalu bersuara dikau lantas mendabik dada berbangga akan hadirnya CINTA... Tetapi adakah ia kekal selamanya.. Ya... ia akan KEKAL selamanya jika dikau sedar akan kehadiran-Nya... Persoalannya adakah engkau menyanjungi akan lahirnya cinta...
Aku sudah sedar akan lahirnya Cinta...
Sekian lama bernafaz.. diazankan... di timang- timang dan di sayang - sayang... aku Sedar akan hadirnya Cinta...
Cinta...
Perasaan yang begemerlapan sinarnya di dalam jiwaku dan dijiwamu jika disemai sedari kecil... Takkan goyah jika taufan membadai, retak seribu, hancur musnah, terkoyak dari cantumannya... Kerana cinta telah aku bina seawal sedarnya aku dari titik hitam dulu...
Adakah engkau juga begitu...
Cinta...
Nah... aku serahkan jawapannya kepada kalian untuk mengamatinya.. untuk menhayatinya.. untuk bersama dengannya... Semailah suka, duka, tawa dan gembira... Pada siapa hendak ingin dikau CINTA diserahkan... Terpulang kepada kalian...
Fikir sejenak... adakah cinta ini tuk selamanya atau sementara...
Tepuk dada Tanya Iman...
MSAN (هامبا الله )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan