Jumaat, 12 Disember 2014

MELODI KEHIDUPAN




sumber: SMK Tunku Abdul Malik (Google) 

 2/1/2007 Tarikh keramat yang tidak mungkin aku lupakan. Didik dan asuhan hasil guru - guru yang tidak kenal erti penat lelahnya. Orang pertama yang aku jumpa Cikgu Asyiqin atau gelaran manjanya mama. Inilah Cikgu kaunselor yang pertama. Sekejap. Dulu dia juga guru sewaktu aku di sekolah rendah lagi. Kini di sekolah menengah. Tak lah terkejut sangat.

Apa-apapun perjalanan hidup aku sewaktu di tingkatan satu sangat membanggakan. Aku tak kenal raut wajah rakan lamaku. Tetapi tatapan raut wajah baharu menjadi kenalan singkat sewaktu orientasi. Paling menghairankan mereka melihat aku seperti tergilakan artis pujaan. Hah..! biasalah aku kan suka bercakap. Memang lumrah orang bercakap memang begitu. Huh.! Nafaz gementar bersembang dengan orang yang suka melayan karenah aku.
sumber:SMKTAM (google)

Zaman kecil dah berlalu. Penentuan kelas semakin mendebarkan dadaku. Yes...! aku ditempatkan kelas nombor 2... Hermm....!!! Hebatkan.. padahal tak lah hebat sangat. Sebab apa..? Sebab aku banyak tukar sekolah sewaktu itu. Mula masuk SMK Tunku Abdul Malik. Lepas tuh masuk Kolej Sultan Abdul Hamid, kemudian SMK Dato' Syed Omar, dan Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah. 

sumber: Maktab Mahmud Alor Setar Kedah (google)

Akhirnya kembali ke pangkal jalan, SMK Tunku Abdul Malik juga. Nak buat macam mana memang jodoh dengan sekolah ni... Sekolah seru namaku.. Ha..ha...ha...ha... Nasib ditentukan daripada-Nya. So, terima je lah kan. Rezeki Allah.

sumber: Kolej Sultan Abdul Hamid (google)

Aku pemalu. Nanti..! Bukan malu maksud aku pada semua orang tetapi malu tika kata - kata aku terkadang tersalah. Termengumpat. Termengata. Termengutuk orang sesuka hati. Tapi dengan cara lembut dan bersopan. Hah..! lagi satu aku menta depan - depan "Direct to the point" tak main kata belakang kan. Jadi kehidupan aku sering menjadi bualan cikgu- cikgu serta pejalar - pelajar di sekolah itu. Almaklumlah aku pun ada 2 orang abang sekolah yang sama. Seorang suka berdebat perihal agama, seorang lagi suka bergaduh, itu pun sebab orang suka cari pasal dnegan dialah. Jadi aku sebagai balasan untuk menjadi ejekan cikgu-cikgu dan rakan - rakanku.

Sepanjang aku belajar di sekolah ini. Banyak rintangan dan halangan yang terpaksa aku tempuh. Bukan apa, aku tidak puas hati dengan sesetengah pihak yang suka samakan aku dengan abang - abang aku sehingga satu tahap aku menangis setiap kali balik sekolah. Tapi dekat rumahlah, mana macho menangis depan kawan - kawan kan... Hah..!!!

Tiba MASAnya aku buktikan aku nih bukan jenis sotong dan lembik dengan tomahan dan cacian orang. Sepanjang aku belajar di sekolah ini. Aku masuk banyak pertandingan. Tak kiralah bercakap ka, Pantun ka, Forum ka, Debat ka, Kem ka kiranya semualah aku masuk. Sampai satu tahap asyik - asyik anma aku ja di panggil. Kan SERONOK... Femouse aku satu sekolah... Ha..Ha..Ha..Ha..
Tapi aku still ingat pada yang Esa pabila aku menang sesuati pertandingan itu. Mana kau. aku kan ISLAM. mesti patuh pada agama sebab agamalah menjadi Pentunjuk untuk aku terus bangun.

Anugerah...? macam - macam anugerah aku dapat, Sijil..? Boleh jadi buku aku rasa... Pakaian..? Semua aku dapat sponser.. Nah Hebat kan...!!! Tapi Bukan itu aku mahu.. Yang aku nak semua orang hormat, sanjung, prasangka baik dengan aku dan family aku. SEBAB..!!! Aku keluarga SUSAH dan miskin. Bukan macam orang lain. Senang dan ada family terdekat. Keluarga aku mana ada macam keluarga lain.  

Tapi aku simpan dalam hati, aku tak tunjuk dengan orang yang aku nih susah. Caranya..? Aku masuk banyak pertandingan dan aku berbaik dengan semua orang.. Hah.!! dengan orang benci...? aku sayangi mereka dengan memberi layanan yang baik... So. banyaklah kawan dan Akhirnya aku dihormati dan dikasihani serta namaku selalu disebut oleh guru- guru sekolah dan daerah Kota Setar dan Negeri Kedah. Akulah M Shahadat Bin Ali Nordin. Pelajar susah dan tidak punya apa - apa tetapi MAMPU untuk masuk ke Universiti

Sekarang... 11/12/2014.... Aku di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam Semester 1 ( 2014 ).

sumber: Universiti Utara Malaysia (UUM)

 Dalam banyak-banyak tawaran ini je lah yang aku terima selepas tamat pengajian di STPM di sekolah yang sama. Bukan tak pandai tetapi jaga Mak Kesayangan mengalami kecelakaan orang langgar lari. KEJAM...!!! 
\
Sekarang DOAkan untuk aku terus berusaha di Dunia dan Di akhirat. Aku pun doakan untuk kalian juga. Insyallah sama-sama berjaya. Amin.

sumber: Universiti Utara Malaysia(UUM)

MSAN ( هامبا الله )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan