Sumber: Kelab Pengucapan Awam UUM
Jika kau ingin berjaya tidak kira di dunia mahupun di akhirat.. Kembalilah kepada tuhanMu.. Jika yang beragama Islam kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Jangan jadikan alasan malas sebagai bebanan untuk engkau terus hidup sebagai seorang manusia yang sangat berguna... Ingatlah bahawa selagi nyawa dikandung badan maka berusahalah dikau untuk memenuhi amal kebajikan dengan sebanyaknya. Amin
Lupakan kisah silam yang menyanyat hati, menghiraukan jiwa dan membuatkan dirimu dirundung kesedihan yang teramat sangat. Kembalilah kepada insan yang sering dikau percaya. Teman.. IbuBapa.. Guru - guru... Keluarga... dan sesiapa sahaja asalkan dikau mampu untuk menluahkan rasa beban yang terpendem di lubuk hatiMu.
sumber: Shahadat Nordin ( Facebook )
Jadikan hari - harimu sebagai seorang yang ceria dan mampu untuk menceriakan orang lain dengan baik sekali. Jangan harapkan pujian manusia yang terlampau dan mengharapkan balasan didunia semata-mata. Kerana ia hanya sementara sahaja. Maka buka akalmu yang jauh dan berdoa pada yang Esa untuk hari - hari yang mendatang.
Sayangi orang yang membenci dirimu dan Jangan berasa diri pandai tetapi pandailah kamu merasa. Semoga kamu menjadi insan kamil mukamil yang benar - benar beriman kepada Azza Wajalla. Insyallah. Bahagia didunia dan bahagia di Akhirat. Amin.
MSAN ( هامبا الله )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan