sumber: Shahadat Nordin ( Facebook )
Ramai antara kita mengenali bait kata "Cinta".
Cinta...
Kau nak tergelak pun ada kan bila kita sebut pasal "Cinta". "Aku cinta kan kau"... "Aku rindu kan kau." tetapi apa yang dapat..??? Duit keluar macam air... tinggal solat tinggal ibadat... Berkat ka cinta sebegitu rupa... "Tepuk dada tanya Iman."
Sekarang Melayu semakin teruk.... Bukan aku yang cakap tetapi kau tengok lah sendiri. Disebabkan budaya media dan teknologi yang canngih tanpa ada pemantauan dalam diri, tanpa iman dijaga rapi habis semua adat dan warisan ditinggalkan sepi. Agama entah kemana, pakaian menjolok mata, budi bahasa lagi lah hilang ditiup angin, rasa hormat, rasa kasihan, rasa sayang sudah ditinggalkan menjadi misteri.. Semua ini kerana apa... Kerana "Erti cinta" yang kau sanjung tinggi...
sumber: Shahadat Nordin ( Facebook )
Aku hamparkan satu kisah...
Dulu ada seorang lelaki muda umurnya lingkungan 50'an dan aku panggil dia "Abang". Ishhh.!!! Geli aku dengan perkataan "abang" tak sesuai dengan usianya. Tapi hormat yang meninggi aku panggil saja "abang". Sebab apa panggil dia sedemikian, sebab perangainya macam orang muda yang lingkungan usianya 20'an. Suka menyanyi, suka sembang dan suka segalanya. Melepak macam rutin hariannya.
Nak dijadikan cerita diaa panggil aku "Adik". Kalau kau lah rasa rimas ka atau rasa suka dengan gelaran itu. Dia kata aku nih suka melayan dan berperangai "manja". Ishhhh...!!! setahu aku. Aku nih suka bersembang ja. Almaklumlah dia kan sudah berusia, bahasa kasarnya dah "Tua" pun tak sedar diri. Tapi masih aku boleh terima. Sebab aku hormat dia sebagai bapa orang.
Dah lama berkenalan, macam biasa berlakon sekali, kerja pun dibawah satu bumbung. Tapi perangai dia hanya Allah yang tahu. Aku nih dah lar dari keluarga yang serba kekurangan. Mak ayah aku tiap - tiap hari bersembang bab agama. Aku suka perkara itu. Jadi kalau bab agama nih insyallah terjawablah. Tapi si "Abang" nih. Haduh...!!! rupanya dia suka dengan lelaki. Patut semacam bila dengan aku. Aku nih pulak suka melayan orang sembang. Mulut banyak tapi still ada adap lagi lah.
Sampai satu tahap, dia ajak aku keluar makan. Hanya tuhan yang tahu. Aku dengar cerita daripada rakan aku si"Abang" ni dia suka dengan lelaki tapi aku tak mahu menuduh larr. Nak dijadikan cerita panas tetiba dia kata dia "Cinta" dengan aku. Inilah perkara pertama yang buat aku nak "Muntah" dan kemudian aku terus tersentap dan pening. Macam nak tembak dia pun ada juga. Kalau ada pistol waktu tuh memang aku tembak dia, biar mati macam katak kangkang. Tapi cool dan sabar. Sabar kan separuh daripada imn. Kannn.... Aku main celoteh jelah dengan dia. "Abang jom saya nak kena balik dah pukul 9.00 malam nanti mak tanya, sambil - sambil tuh boleh kita menyanyi dalam kereta" ujar aku. Dia menjawab " Baiklah sayang... abang ikut ja."
Kalau lah kau jadi macam aku, Jawabnya dah kena "BOm" petapa gatal nih... Tapi aku juga kan lelaki, Aku kena sabar dengan karenah dia dan menerapkan nilai - nilai Islam perlahan - lahan dan cara yang halus. Setibanya di rumah. Aku keluar dari pintu kereta dan aku lari tanpa menoleh kebelakang langsung. Taubat aku tak mahu dah jumpa lelaki nih. Tiap - tiap hari hantarnya mesej dekat aku. Aku balas.... Tapi aku terapkan nilai- nilai Islam. Aku kata " Saya nak solat sekejap bang ya." "saya tengah baca al-Quran nih, sekejap ya" " Saya tengah solat Dhuha nih" dan macam - macam lagi alasan aku.
Perkara itu memang aku lakukan tetapi sampai tengah malam pun nak mesej bagai. Huh...!!! sabar je lah... Kini aku bebas sebab nombor aku yang lama dah hilang. Dan aku masuk Universiti serta yang bestnya dah pindah rumah dah pun.... Hah...!!! Aku harap dia berubah menjadi insan sedar diri. "Rumah kata pergi Kubur kata Mari" Ingat....!!! Alhamdulillah Tuhan masih pelihara iman aku sebagai seorang insan Islam. Alhamdulillah.
Persoalannya apakah itu cinta..??? Kepada siapa kita ingin bercinta...??? terserah kepada kau untuk menjawabnya...
Kalau "Aku" cinta itu hanya untuk Azza Wajalla dan tiada tolak bandingnya dengan manusia serta perhiasan di dunia ini. Aku adalah aku dan kau adalah engkau....bersambung...
MSAN (هامبا الله )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan