Sabtu, 26 Disember 2015

Ibu Hidupku Ibu Syurgaku

\

Ya apabila kita berkata tentang ibu ramai antara kita lupa saat - saat bersama dengan ibu kita ketika kita kecil dahulu. Kini semakin kita meningkat dewasa habis segala kenangan manis kian menghilang malah yang kita inginkan "kahwin awal". Padahal saat - saat bersama ibu belum cukup untuk ibu kita merasa nikmat bersama anaknya. Balasan sebagai anak dimana? Kemana hilangnya sumbangan seorang anak kepada ibunya? Sedih bila mendengarkan perkara itu. Ibu orang yang paling gembira apabila kita berkahwin dan mempunyai orang lain. Namun, dihati kecil seorang ibu, bukan lagi menagis dan meronta batinnya kerana penat lelah seorang ibu menjaga anaknya dari kandungan sehingga anaknya mengenal erti sedih dan gembira, erti dosa dan pahala, erti syurga dan neraka, erti manusia yang berguna.


Ya sebelum nafasku pergi begitu sahaja, suka aku menulis segala kenangan aku bersama ibuku. Siti Zaharah Binti Anggam namanya. Dia lahir pada 07/01/1957 di Kota Chanei, Aceh Indonesia. Namun dia membesar di Malaysia di Negeri 9. Dulu ibuku sangat cantik dan menjadi kegilaan ramai. Mau tidaknya, sedikit - sedikit dia akan bercerita akan kisahnya dengan bekas tunangnya, dia akan bercerita bagaimana dia dikejar lelaki yang "handsome", lelaki kaya dan sebagainya. Ketawa terbahak - bahak aku mendengar celoteh ibuku ni. Kata ibuku kami dari keluarga Diraja, tak hairanlah bila aku pulang ke kampung di Negeri 9 atau ketika berada di Kedah nih terkadang saudaraku akan memanggil daku sebagai "Bagindo" atau "Si Ketek(Si kecil) atau "Tengku" atau "Raja Muda". Hemm! Paning aku dibuatnya tetapi tetap layan ja. Hakikatnya kehidupan seperti rakyat biasa sahaja. 

Ibuku sangat manja dengan anak - anaknya namun dia tetap tegas jika ada diantara anaknya yang meninggalkan solat, melawan cakap orang tua, tak buat kerja yang disuruh. Habis semua barang dia nak baling dekat anak - anak dia jika terlalu marah. Malah, rotan buluh dan tali pinggang menjadi kegemaran dia untuk memukul anak - anaknya yang tidak mendengar kata. Tambahan aku dengan abangku yang kedua memang seorang yang nakal. Eh, terlupa kami ada empat orang adik - beradik. Yang sulung kakak Nor Hayalis namanya, kedua abang Maha Al-Fatahhillah (gerun dengar), ketiga abang juga Imam Mursyid (Contoh ikutan sangat) dan yang terakhir akulah yang paling kecil M Shahadat Bin Ali Nordin (Sedih bila orang samakan dengan M. Rajoli). Hehe! Memang yang paling manja seperti kebiasaan jawapan orang - orang diluar sana. Hakikatnya aku bukanlah manja tak bertempat, kalau keluarga aku memerlukan duit aku akan mencari atau berikhtiar untuk mencari duit. Hah! Hebat tak. Alah, biasa - biasa ja. Hehe!

Sambung balik! Hah! Ibuku ni, memang yang sangat manja dengan anak - anak dia, pendengar yang baik, pemberi nasihat yang baik, dan yang paling penting, selalu memberi semangat kepada anaknya untuk terus berusaha sehingga berjaya. Pernah sekali aku menang dalam pertandingan Syarahan Agama dan Pidato Piala Diraja dengan mendapat tempat Pertama (Johan), orang yang paling gembira disaat itu adalah ibuku, keluar air matanya ketika diumumkan namaku sebagai (Johan). Habis aku dicium - cium. Malah sewaktu di sekolah dahulu aku sering mendapat cemerlang dalam Ko - Kurikulum dan Akademik.

Aku akan menjemput ibuku untuk datang melihat aku menerima Anugerah Terbaik sepanjang tahun disambil aku akan membuat persembahan kepada ibuku. Anugerah seperti biasa akan diberikan oleh YAM Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik. Ibuku yang paling gembira, habis kawan - kawan dia jemput datang kesekolah walaupun anak mereka tidak bersekolah di sekolah yang sama. Paling mengembirakan aku adalah, ketika di saat ibukuk mengalirkan air mata dan tersenyum malah terselit sedikit ketawa kecilnya. itulah saat yang paling aku suka akan ibuku ketika aku menerima Anugrah dan ketika membuat persembahan di atas pentas. Kan pentas tinggi jadi nampak lah raut wajah ibuku tu. 

Rindu memang anugerah dari Allah S.W.T. Memang sukar untuk kita zahirkan hanya mampu untuk berbicara dalam diri seorang sahaja. Kini ibuku mencecah 66 Tahun. Aku tak tahu sama ada sempat aku membahagiakan ibuku atau tidak. Ya Allah diharapkan dengan usiaku kini aku sempat untuk membahagiakan ibuku. Hah! Lagi satu, setiap kali bergambar ibuku suka sangat untuk membuat wajah sedihnya tu. Dan yang sering dikatakannya "Bila lah Mak nak mati nih". Terus aku akan sampuk ibuku "Mak kalau Allah ambil nyawa Mak, harap juga lah Allah ambil nyawa Shahadat sama" terus ibuku sentap. Hah!"Jadi mak jangan kata macam tuh lagi". ujar aku.



Tengoklah wajah ibuku, sedih ja kan. Tapi nilah ibuku yang paling manja, paling aku sayang, dialah hidupku dialah syurga buat ku. Setiap kali aku tak ada duit, dialah orang yang pertama akan memberikan duitnya kepada aku secara terang - terangan maupun secara diam. Dia akan memaksa untuk aku terima wang walaupun aku akan menolaknya. Itulah sikap ibuku, kalau dia kata ambil maka ambil ja lah. Dan dia takkan makan sedap - sedap selagi anak - anaknya tak mendapat makanan yang sedap contohnya makan ayam, sup ekor, gulai kepala ikan besar dan sebagainya.


Kalau nak pergi berjalan - jalan ibuku lah orang yang pertama akan menyertainya. Dia kata bila lagi kalau tidak sekarang. Ibuku akan tersenyum lebar untuk anak - anaknya membawa dia pergi berjalan - jalan. Dah ibuku berkata sedemikian maka anak - anaknya terpaksalah membawa ibuku kemana sahaja walaupun keluar dengan kawan - kawan. Itulah perangai ibuku.


Aku akan bawa dia pergi makan. Aku akan bawa dia pergi minum. Aku akan bawa dia pergi ke tempat - tempat yang sangat cantik dan boleh menenangkan hatinya.


Yang paling mengembirakan daku dan membuatkan kami ketawa ialah ibuku akan tertidur jika jarak perjalanan terlalu jauh ke destinasi yang hendak dituju. Ya kini aku mulai besar panjang. Kini aku menuntut ilmu di Universiti Utara Malaysia dalam Program Pengajian Pengurusan Awam dengan Kepujian. Kalau duit PTPTN aku habis dia akan hullurkan. Namun terkadang aku menolaknya walaupun aku terpaksa mengikat perutku yang lapar. Kerana aku tahu ibuku hanya bekerja sebagai membungkus nasi lemak dan mengurut dari rumah ke rumah. Itulah yang terkadang membuatkan aku berasa cukup bersalah untuk menerima wang daripada ibuku.

Kini aku mula mengorak langkah untuk berjaya sebagai seorang anak yang matang dan berjasa kembali kepada ibu tercinta. Ya aku mula membina empayar aku sebagai seorang anak bongsu yang mampu untuk menjaga ibunya. Itulah janji - janji aku. Dan aku berharap ibuku menghembuskan nafasnya di dalam pelukan ku ini. In syaa Allah. Semoga ibuku mendapat keredhoan daripada Allah S.W.T dan mendapat lindungan Rahmat dari-Nya. Aamiin.

daripada (هامبا الله )
MSAN Baginda M Shahadat Bin Baginda Sheikh Ali Nordin

Sabtu, 19 Disember 2015

Menunggang Kuda "Contohi Akhlak Rasulullah s.a.w"


Tahu tak macam mana nak contoh Akhlak Baginda Junjungan Rasulullah s.a.w? Ceritanya ada dibawah ini. Maka baca dahulu dan carilah ilmu dengan sebaik yang mungkin.

Menunggang kuda sesuatu yang sangat menyeronokkan dan begitu mengujakan. Walaupun spesis ini dilihat amat jinak dan mudah untuk dikendalikan. Hah! Cuba dulu baru tahu. Sukar sebenarnya hendak mengendalikan kuda. Apa - apalah jenisnya, yang penting ia amat sukar untuk dikendalikan jika kita tak ada pengalaman dan cara - cara hendak mengendalikan kuda.

Yang seronoknya baru - baru ini pengalaman waktu kecil - kecil dahulu berulang kembali. Aku menaiki kuda. Wow! memang besar dan agak menakutkan. Sebab apa? Sebabnya aku mendapat kuda hitam dan namanya pun "Romeo". Ditambah lagi pula dengan cerita - cerita daripada penjaga kuda ni. Dia kata "Adik nak naik ka kuda nih, kuda nih sangat agresif dan selalu kalau orang salah pegang dia akan menendang atau melompat - lompat seperti terkena air panas. Tapi cubalah". Dalam hati kecilku ni, dah la jenis pantang dicabar. Nah! memang aku cuba naik lah jawabnya, hah! bagi lagi cadangan macam tuh, memang aku akan cuba lah. Memang seronok, macam nak bela lagi satu ja.


Nih lah kudanya. Hehee! dia tengok je kamera. Nasib baik jangan tendang aku sudah. Dah la aku nih jenis cepat terkejut, Walaubagaimanapun, aku mampu untuk mengawal kuda nih. Mereka (penjaga kuda) kata kuda nih selalunya sukar untuk rapat dengan orang baharu macam mana adik boleh kawal.?



Walaupun dikawal dengan rapi, aku mampu juga untuk mengawal kuda nih. Memang power lah bila kita mampu untuk mengawal kuda agresif nih. nak tahu ka caranya?


Caranya mudah sahaja. Kita hanya berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w serta sedekahkan Al - Fatihah kepada Baginda s.a.w kemudian sedekahkan Al - Fatihah kepada Nabi Sulaiman a.s serta kepada Sultana Aulia Sheikh Abd Khodir Al-Jelani r.a. Niatkan dalam hati kemudian berpesan kepada kuda yang ganas atau binatang yang ganas. Pasti mereka akan tunduk. Yang penting berdoa kepada Allah S.W.T dan buat perkara tersebut. Pasti akan berjaya. Itulah rahsianya. Apa - apapun aku memang tak pernah dapat atau menunggang kuda yang agresif dalam hidup aku nih. Cubalah ya.


Jadi, bila dah dapat kawal maka senang lah. Boleh tersenyum kepada kawan - kawan dan yang penting kena tetap "Cantik" serta hanya mampu tersenyum kepada penjaga kuda tersebut kerana aku mampu untuk mengawal kuda ini. Best sangat sahabat sekalian.

Jangan lupa cadangan yang diberikan. Hanya buat perkara mudah sahaja. Maka engkau akan dapat merasakan  kesenangan bila dikau mampu untuk mengawal kuda ini atau binatang lainnya. Jom enjoy.

daripada (هامبا الله )
Baginda Shahadat Nordin Baginda Sheikh Ali Nordin

Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia




Universiti Utara Malaysia memang satu nama yang cukup hebat di mata dunia. Bukan apa mungkin dengan gelaran The Eminant Management University maka universiti ini berdiri megah dengan nama - nama universiti hebat yang lain. Menjadi lumrah kebiasaan Universiti Awam akan dilihat sebagai sebuah universiti yang mampu untuk melahirkan pelajar yang berkualiti. Namun hakikatnya mampukah para pelajar untuk mencabar diri mereka setanding dengan pelajar - pelajar hebat di setiap universiti yang lain? Tanda tanya yang sering tergiang - giang di telingaku ini.

Pada tahun 2015 ini, nama universiti ini telah berusia selama 30 tahun tetap berdiri megah namanya. Walaubagaimanapun, perkara untuk melahirkan satu graduan yang berkualiti di mata Malaysia apatah lagi dimata dunia bukan mudah seperti yang digambarkan. Maka penilaian demi penilaian serta kemahiran insaniah perlu dititik beratkan oleh pihak universiti agar mampu melahirkan cendekiawan yang berjaya serta mampu untuk berbakti kepada negara tercinta.

Pemimpin? Apakah itu pemimpin? Adakah ia sekadar nama atau picisan semata - mata?
Ya, setiap tempat perlukan pemimpin. Pemimpin adalah seseorang yang mampu untuk mengerakkan anggota sekelilingnya dengan cara menggunakan tenaga atau kuasa yang ada pada diri mereka. Bukan mudah hendak menjadi pemimpin. Perlu ada kemahiran berkomunikasi, tatacara beradap, tahu beprotokol serta mahir dalam banyak bidang. Inilah pemimpin yang ditunggu - tunggu. Namun hakikat di mata sebenar manusia berapa ramai pemimpin yang lalai daripada landasan yang sebenar? Berapa ramai pemimpin yang mudah mengikut naluri hari mereka sahaja?

Ya, aku juga sebagai "Pemimpin". Adakah 'Pemimpin' ini perkara mudah. Ya aku mengakui bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang disukai malah dihormati serta mampu untuk mengendalikan segala proggram dengan baik. Aku bukannya lahir daripada keluarga yang kaya, namun aku mahu belajar erti "Pemimpin". 

Maka baru - baru ini aku memilih untuk menjadi "Pemimpin". Sebab apa? Ya itulah jawapan yang selalu belegar di dalam kotak pemikiranku ini. Bulan 11 tahun 2015, aku menerima Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia sebagai Timbalan Yang di-Pertua MPP. Wow.! Hebat bukan. Ya, manusia mana yang tidak mahu dengan jawatan itu. Namun, dalam hati kecilku berkata ini bukan perkara yang mudah. Tergelak sinis di dalam hati kecilku apabila aku mendapat tahu 6022 pelajar UUM ini menyokong aku menjadi MPP pada sesi 2015/2016. Adakah para pelajar memilih aku hanya kerana muka aku seperti Zizan Razak (Pelakon Lawak)? Atau mereka memilih aku kerana aku mampu untuk melaksanakan kerja? Atau mereka memilih aku hanya kerana aku ini mampu untuk membawa suara mahasiswa/wi UUM?


Amanah bukan mudah, sekali dilantik engkau akan merasa bebanan dibahumu itu. Mengigil aku bila aku dapat tahu aku sebagai Timbalan Yang di-Pertua. Dah lah aku selalu sibuk dengan menjadi juruacara majlis inikan pula menjadi Perwakilan Pelajar UUM. Agak kebingungan seketika. Ibarat aku pening seperti tertelan "pil kuda" terhoyong - hayang pemikiranku ini.


Perkara yang paling aku takut adalah engkau akan merasa terancam. Bila masa engkau akan merasa terancam, maka engkau tidak akan senang untuk bergerak kemana - mana pun walaupun ke tandas. Ya! Itulah yang aku rasakan. Ibarat hendak bunuh diri namun aku masih waras dan sihat malah Islam masih didada. Walaupun perlantikan aku tidak merasakan seperti hendak bertanding, namun selepas engkau diasak dan perlu menjalankan tugas. Maka sewaktu itulah engkau akan merasa seperti ada bara api sedang membakar dikau.

Seramai 22,000 pelajar engkau perlu mendengar suara mereka. Namun, hanya 36 ahli MPP hendak melayan semua. Mampukah? Memang diluar jangkauan kami. Pakaian, cara berjalan, cara engkau gelak, cara engkau bersembang, cara engkau bergambar, cara engkau melayan seseorang, habis semua diperhatikan oleh warga disekelilingmu. Rasa seperti pasalah yang hendak masuk penjara dibuatnya. 

Tak mengapa. Aku akan buktikan bahawa diriku ini mampu untuk membawa suara mahasiswa/wi ke pihak atasan untuk sebarang masalah yang akan berlaku. Aku juga kan buktikan walaupun sesibuk mana diri ini, maka aku akan tetap untuk pandang kehadapan dengan jalan yang berhati - hati agar aku tidak masuk kelembah kelalaian dan kehinaan dengan begitu sahaja.


Ya! Aku adalah aku. Akan aku terus melangkah kehadapan dengan berani dan berhati - hati. Aku takkan gentar selagi sesuatu perkara itu benar jalannya maka aku akan tegakkan dengan sebaik yang mungkin walau pahit aku rasa.

Aku takkan tunjukkan kerja aku kepada khalayak ramai hanya ingin mencari populariti tetapi aku akan berkerja dengan sehabis yang mungkin hanya untuk mencapai akan perkara yang telah aku laksanakan atau apa - apa yang telah aku katakan sewaktu aku bertanding Pilihanraya Kampus dahulu.

daripada (هامبا الله )
Baginda Shahadat Nordin Baginda Sheikh Ali Nordin






Selasa, 15 Disember 2015

KEKANDAKU DENGAN WANGNYA



Wang bukan segala - galanya.
Ya hari ini 11/12/2015 (Isnin) aku menerima RM 100 daripada Kekandaku sendiri. Dia cuba masukkan ke dalan beg dompetku dengan nilai yang sangat banyak. Masya-Allah terkelu lidahku apabila aku melihat sejumlah wang yang sangat banyak di dalam dompetku ini. Aku tahu dia belum berkemampuan malah tidak punyai pekerjaan yang tetap. Masalah kewangan yang tidak menentu. Ya Allah kekandaku ini cuba untuk menyembunyikan sesuatu ke dalam sakuku Ya Allah. Tanpaku sedar kekandaku ini memberikan semua wang di dalam dompetnya ke dalam dompetku Ya Allah. Ya Allah tak mampu aku bersuara Ya Allah, tak mampu jua daku bertanya, malah air mataku Ya Allah menjadi saksi segalanya. Allahuakhbar.

Adakah rezeki ini satu ganjaran atau ujian Ya Allah. Inikah yang dikau beri Ya Allah kepadaku. Dikau mendengar rintihan daku Ya Allah. Tersentak hatiku pabila aku mulai lapar disaat perutku menunggu nasi atau sesuatu untuk diisi kedalamnya, kekandaku menunjukkan wajahnya yang ceria dan memujuk daku yang berduka. Ya kekandaku ini Baginda Imam Mursyid Bin Baginda Sheikh Ali Nordin Caniago cuba memujuk daku secara diam. Walaupun tidak mempunyai pelajaran yang tinggi, walaupun tidak mampu untuk beromantik, namun semangat juangnya yang tinggi membuatkan aku sentiasa menjadi berani untuk tampil kehadapan dengan cabaran dan dugaan.

Ya Allah lapangkanlah rezeki kekandaku ini yang banyak membantu manusia sekelilingnya malah mampu untuk berdiri atas kaki sendiri. Ya Allah ampunilah dosa - dosanya Ya Allah. Berikanlah dia petunjuk dan hidayah akan segala perlakuan dan tindakkannya. Ya Allah bantulah kekandaku ini dalam perjuangan hidupnya, Semoga kekandaku ini sentiasa bertaqwa kepada-Mu malah sentiasa sujud kepada - Mu Ya Allah.

Ya Allah kekandaku ini sanggup memasukkan sejumlah wang ke dalam dompetku Ya Allah disaat daku kekosongan dan mengharap bantuan dari- Mu Ya Allah. Tempatkanlah kekanda ku ini dalam kalangan orang - orang yang bertaqwa serta beriman. Berikanlah gandaan rezeki kepadanya Ya Allah. Berikanlah orang yang mampu menjaga kekanda ku, pasangan yang baik dan bila daku tiada nanti tolong jagakan dia Ya Allah atau peliharalah kekandaku ini Ya Allah bila engkau cabut nyawanya kelak.

Ya Allah daku manusia yang kerdil dan hina. Perdengarkanlah kata - kataku ini Ya Allah. Daku berharap kisah kekandaku ini menjadi contoh ikutan Ya Allah sesuai dengan namanya Ya Allah, menjadi contoh ikutan dan teladan. Jadikanlah dunia ini di tangannya tetapi tidak dihatinya. Jadikanlah Akhirat dihatinya malah diamalkannya.

daripada (MSAN هامبا الله ) 

Ahad, 28 Jun 2015

KEHENDAK ZAMAN



1. BERPENGETAHUAN
Dalam dunia yang serba canggih kini, kita perlu sedar akan kepentingan dalam meneruskan kehidupan dengan cabaran dan rintangan yang kira sendiri tidak mengetahuinya apakah yang mungkin terjadi kepada negara, bangsa, agama an juga kepada diri kita sebagai insan yang diamanahkan untuk terus memikul tanggungjawab menguruskan sumber yang ada di muka bumi ini.

Maka berpengetahuan dalam sesuatu perkara sangat penting untuk kelangsungan kehidupan. Biar kita dipandang rendah atau dipanggil 'bodoh' dalam sesuatu perkara namun jangan kita menjadi seperti 'bodoh sombong' bererti kita tidak menahu akan perkara yang perlu dilakukan namun kita pura - pura tahu untuk melakukan. Hal ini sebenarnya akan memerangkap diri kita kelembah kehinaan dan mungkin akan dipandang hina di mata masyarakat. Sebagai contoh, kita mempunyai ilmu akan mengendalikan jentera berat atau dalam bidang pengiraan, maka kita perlu berkongsi dengan sesiapa sahaja yang memerlukan bahkan kita mengaplikasikan ilmu pengetahuan tersebut untuk mencipta sesuatu yang baharu atau melaksanakan sesuatu yang perlu dilakukan. Inilah yang dikatakan sebagai berpengetahuan. Tambahan, kita perlu untuk menguasai beberapa ilmu yang lainnya agar diri kita dapat dihindarkan daripada perkara - perkara mazmumah atau tidak baik yang boleh menghancurkan kehidupan kita.

2. BERANI
Aspek keberanian memang tidak dapat disangkal lagi. Setiap makluk yang diciptakan mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam mengendalikan sesuatu perkara. Namun begitu, aspek keberanian perlu disertakan agar sesuatu bidang pekerjaan atau sesuatu perkara yang kita ingin laksanakan dapat berjalan dengan lancar. Seseorang individu tersebut tidak akan dapat melakukan pekerjaan jika sifat keberanian ini tidak diserlahkan dengan sebaik yang mungkin. Sebagai contoh, seorang pelajar atau pekerja perlu membentangkan kertas kejanya maka sifat keberanian perlu diserlahkan beserta ilmu yang dimiliki agar mampu untuk mempengaruhi orang disekelilingnya serta berjaya.

3. BERTANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara atau amanah yang telah diberikan perlu untuk kita laksanakan dengan sebaik yang mungkin. Zaman yang serba modenisasi mengharapkan setiap insan atau manusia untuk bekerja dengan penuh sifat kebertanggungjawaban untuk mengharungi norma - norma kehidupan yang kian merundung kekecewaan.Lihat sahaja setiap hari, setiap detik, setiap ketika ada sahaja perkara negetif sering berlaku di Nusantara ini malahan di setiap pelosok dunia. Maka kebertanggungjawaban inilah yang perlu dipikul dan dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin oleh manusia agar sumber - sumber hasil bumi tidak terhakis dalam keadaan yang menyedihkan.

Tuntasnya, tiga perkara yang perlu dilihat dalam keadaan zaman yang serba modenisasi kini iaitu berpengetahuan luas, berani dan bertanggungjawab. Hal ini merupakan suatu perkara yang bukannya baharu akan tetapi telah lama di praktikan dalam kehidupan terutamanya bagi kepercayaan masyarakat Islam dahulu kala sehingga kini. Mereka perlu melakukan perkara tersebut. Namun, anasir - anasir yang jahat mampu menggugat diri mereka sehinggakan perkara yang tidak elok sering berlaku di dalam negara ini.



Selasa, 16 Jun 2015

Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak ke SMK Tunku Abdul Malik

LAWATAN YANG TAK DIDUGA


Gambar: Petikan Google : Lawatan Beliau Ke SMK Tunku Abdul Malik

SMK Tunku Abdul Malik sebuah sekolah yang diwayatnya 50 tahun pada tahun ini 2015. Namun, masih megah berdiri dan cantik dihiasi dengan taman dan juga keluasan padang yang sangat cantik. Dahulu memang sukar untuk kita mengenali akan sekolah warisan lamanya ini. Namun, kini dengan kecanggihan teknologi dan juga perubahan teknologi yang diperlukan manusia maka segala yang terbuku mula merentas sempadan.

Ya dia jiwa pahlawan memang tidak dinafikan. Lawatan ke sekolah yang tiada apa - apa ini menyebabkan segala usaha dan juga segala kecemerlangan mula digapai setelah lawatan beliau. Kini beliau menjadi Perdana Menteri. Memang tidak disangka  dahulu lain sekarang lain. Dialah dahulu kini dan selamanya selagi nyawa belum dicabut oleh Tuhan yang Maha Esa. Perbuatan baik memang selalu dikenang orang dan disanjung. Namun secebis kejahatan akan diingati sampai mati malah dikecam zaman - berzaman.

Manusia yang hebat takkan pernah mengaku kalah. Namun, manusia yang tidak hebat kan mudah tersungkur diasaat diduga walau sebesar zarah. Ya, aku ingin menjadi manusia yang sebenarnya yakni manusia yang mampu memberikan sumbangan kepada seluruh bangsa dan negara tercinta. Demi agama, demi negara akan aku usahakan untuk mempertahankan daripada pencerobohan yang durjana yang cuba untuk menghancurkan anak bangsa tercinta ini. Aku tetap aku dengan harapan yang jitu.

Pergorbanan perlu dilakukan dengan berlandaskan Islam, Al-Quran dan juga Hadith. Perjuangan perlu diteruskan seperti mana pejuang Islam dahulu kala. Maka segala keperitan harus dihadapi dengan sebaik mungkin. Sedikit petikan daripada kata - kata beliau :

 "Usaha perlu berlandaskan syariat dan juga jangan mengaku kalah"

Aku akan ingat sampai mati. Yang baik kita ambil tetapi yang tidak baik dan bercanggah dengan syariat maka kita halang dengan sebaik mungkin. Insyallah kita akan berjaya dunia dan akhirat.

( Daripada MSAN  هامبا الله )

DIALAH PEJUANG SETIA


DIALAH GURU DIALAH PEJUANG TANAH AIRKU


Gambar : Pn Aini Ahmad ( Lecture's Utara Malaysia University )

Memang sukar menerima disaat aku mula mengenalinya. Ya, segala yang diajar seperti biasa, ilmu yang dicurah sama seperti diajarkan kepada anak didiknya yang lain. Mungkin satu kebetulan aku mengenali dirinya. Raut wajah yang tenang takkan pernah dilupakan. Kemas dalam penampilan itulah daya tarikan. Lontaran suara yang tersusun membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar menjadi tertawan.

Seawal perkenalan aku hanya seperti biasa. Tak kenal maka terdiam sejenak. Namun, lama kelamaan akulah yang paling bising di dalam kelas "English Comunication" salah satu subjet yang wajib diambil sebelum keperingkat seterusnya. Ya, banyak cakap sudah tentu ramai yang suka ramai pula yang tak suka. Cuma hanya mampu aku katakan buat "slumber" ja. Memang sukar hendak membina hubungan antara rakan baru yang dikenali dengan guru yang baru diketemui. Hermm... layan saja yang mampu terdetik dalam kamar hati aku.

Pertengahan semester membuatkan aku dan si dia menjadi semakin erat cuma terkadang aku alpa akan menegur dirinya di jalanan. Malu kata diriku. Cuma hanya mampu aku melihat akan gelagat si dia dengan suami tercinta berserta anaknya. Sekarang dia sedang membawa satu lagi amanah yang baru. Ertinya, tambah lagi satu. Semoga sihat dan ceria selalu dan mampu memberi harapan serta nafas baru buat si dia yang sedang dalam beberapa bulan membawa cahaya mata yang baru. Huhuhuuu..! Mungkin saatnya aku membalas jasanya hanya mampu berdoa.


Gambar : Bersama anak murid Penerus Legasi Ilmu

Saat yang genting apabila segala ilmu yang diajarkan perlu dipraktikan kedalam peperiksaan akhir semester. Ya.. lagi pun aku tak sepandai manusia lain lahir - lahir terus cerdik. Hanya mampu aku berserah kepada Illahi untuk aku meneruskan langkah dalam subjek ini. Subjek yang paling aku minat namun sukar untuk diingat. Mungkin malas. Si dialah yang banyak berkorban untuk anak bangsanya. Apakah keputusannya aku tidak tahu. Yang penting jawab apa yang dipelajari.

Aku mula terlalu sibuk dengan tugasan yang bermacam ragamnya. Peperiksaan juga perlu aku tempuh. Malah segala amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas diriku perlu dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin. Aku tetap aku terkadang malas mendatang namun aku tetap dengan pendirianku lakukan kerja apa yang diminta. Maaf kan daku andai terlepas pandang akan segala hasil kerja yang di lakukan selama ini.

Terakhir namun bukan berakhir. Maafkan diriku ini andai daku terkasar dan tersalah di mana - mana sepanjang daku mengenali akan dirimu. Malah sepanjang pengajaranmu... ada diri ini melukai serta menguris hatimu yang ikhlas mengajar akan diriku ini. Maafkan daku wahai guru. Maafkan daku wahai sang pencinta Ilmu. Aku tak sempurna yang diharapkan... Hanya mampu aku melakukan apa yang terbaik buat dirimu. Dan juga "Subject" Mu..

Gambar nih ja yang termampu.. Dikau Pejuang Hatiku.. Dikau Pejuang Ilmu yang punya Satu(Illahi).

by Shahadat Nordin (هامبا الله )


Sabtu, 16 Mei 2015

MALAM IKON DPP MALAYSIA AIRLINES 2015


MALAM IKON UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


Gambar : Malam Ikon Dpp Malaysia Airlines ( UUM ) 2015

Jika hidup tanpa matlamat memang takkan pernah menuju kejayaan... Ya, dia memang kuat, dia memang tabah.. namun tersingkap makna seribu harapan apakah dugaan dapat dihadapi dengan tenang... ranjau berliku belum pernah di ertikan dengan makna yang baik... tetapi jalan yang lurus pasti ada fitnah yang menerpa tanpa kebaikkan yang dipandang.... 

kenali dirimu dari dalam sedalam - dalamnya. Maka kamu akan menemui siapakah dirimu dan dimanakah letaknya kedudukan dirimu tatkala ujian menerpa. Jangan pernah dikau mengalah... 
pasti ada jalan penyelesaiannya. Pasti ada jalan menuju mardhatillah...
pasti dan terus pasti...

Ya, segalanya berjalan dengan lancar. Namun, perkara biasa mulut manusia sukar untuk disembunyikan dengan sebaik yang mungkin. Sukar ditutup sukar pula di kunci. Hanya mampu melakukan yang terbaik disaat yang tersakit. Usaha tangga kejayaan. Ya memang benar usaha yang meninggi maka akan mendapat hasil yang terbaik dan manis disanjungi.

Juruacara hanya akan di kenali jika pembawakan yang terbaik dan sesuai dengan hati penonton. Mereka akan disanjung jika segala kelancaran majlis berjalan dengan lancar dan baik. Segala usaha akan berjaya dengan cemerlang jika mereka melakukan apa yang disuruh. Jadi jangan mengaku kalah sebelum menempuh dugaan yang belum dikenali. Sediakan payung sebelum hujan kerana kita tidak tahu sama ada hujan lebat atau hujan rintik yang bakal menerpa akan diri kita ini.

Semoga berjaya buat insan yang bergandingan berusaha menjayakan "Malam Ikon Dpp Malaysia Airline" pada tahun 2016. Insyallah akan berjaya buat insan yang berusaha dan mengharapkan pertolongan dari-Nya.

( daripada MSAN هامبا الله )

USAHAWAN

PENGENALAN
Apabila kita membincangkan tentang usahawan. maka kita akan terfikir akan perniagaan apakah yang akan dilaksanakan. Maka dalam kajian ini pengenalan usahawan akan diperbincangkan dan akan diberikn contoh – contoh usahawan yang berjaya pada masa kini. Umum sedia maklum, usahawan di dalam bahasa Inggeris bererti “Entepreneur”. Manakala dalam bahasa Melayu pula usahawan bererti seseorang individu yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau organisasi tertentu pada masa tertentu dalam mencapai matlamat tertentu. ( Rosli Mahmood, Azrain Nasyrah Mustapa, Rosli Mohd Saad, Mohamad Yusop Mohd Jani, Norria Zakaria, Syahrina Abdullah, Ahmad Khairi Yahya, Hoe Chee Hee, Shamsul Huda Abd. Rani, Muhammad Shukri Bakar, Shiza Sa’atar, Lily Julienti Abu Bakar, dan Habshah Bakar, 2010 ).
Maka apabila kita membincangkan berkaitan dengan usahawan ini ia perlu dikenalpasti siapakah insan yang berkaitan dengan bidang usahawan. dalam erti kata lain, usahawan ini ditakrifkan sebagai individu yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. Antara rujukan daripada individu yang terkemuka ialah:
Richard Cantillon (1680 – Mei 1734) seorang berbangsa Irish mendefinisikan usahawan sebagai individu yang membeli faktor-faktor pengeluaran pada harga tertentu dan membuat ciptaan baru, menjualnya pada masa hadapan dengan harga yang tidak pasti. Akibat daripada ketidakpastian ini, usahawan akan menanggung risiko, sama ada ia menanggung kerugian atau mendapat keuntungan.
David McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi.
Joseph Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan tersebut.
Casson (1982) mendefinisikan usahawan adalah seorang yang mempunyaikepakaran dalam proses pembuatan keputusan tentang penyelarasan bahan-bahan mentah yang terhad. Manakala, Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan usahawan sebagai individu yang sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang orang lain tidak menyedarinya.usahawan akan mengambil tindakan secara imaginative, kreatif dan inovatif. Selanjutnya beliau menyatakan:
Secara tuntasnya, usahawan ini dapat dirumuskan bahawa satu usaha positif dalam memenuhi kehendak bersama yang mana di pelopori oleh usahawan – usahawan tertentu dalam bidang masing – masing. Malahan, usahawan ini mampu untuk berhadapan dengan risiko dan inovatif yang tinggi serta proaktif malahan cenderung kearah merebut peluang yang ada. Inilah yang dikatakan sebagai usahawan bukan sekadar melukut di tepian gantang tetapi mencapai puncak kejayaan di persada antarabangsa.
TOKOH TAN SRI DATO’ LOH BOON SIEW
Tan Sri Dato' Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah kerana keluarga Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew sangat miskin dan tak mampu untuk menghantarnya ke sekolah. Semasa zaman kecil, beliau hanya bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai pendapatan tambahan kepada keluarganya. Selain itu, beliau merupakan seorang yang buta huruf kerana tidak tahu membaca dan menulis, namun beliau mempunyai keistimewaan tersendiri dengan daya ingatan yang sangat tinggi dan dikagumi. Disamping itu, beliau juga Cuma tahu bertutur dalam bahasa hok-kien sahaja. Walaupun beliau mempunyai kekurangan tersebut, beliau mampu menjadi jutawan dan dapat mewujudkan syarikatnya yang tersendiri. Beliau juga dikenali dengan sikap persistensi (persistency) iaitu tidak mudah mengalah terhadap sebarang halangan, cabaran, dugaan, dan masalah dalam merealisasikan sesuatu matlamat ( Utusan Online, 2015).
Walaubagaimanapun, beliau bukan anak tempatan yang mungkin mempunyai kelebihan tertentu tetapi pendatang dari wilayah Hui Ann di China yang tanpa mempunyai apa-apa kecuali dengan keyakinan dan semangat kuat. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Pada usia 18 tahun, beliau telah pun memiliki kemahiran untuk menjadi pakar kotak gear kereta. Sebagai remaja, beliau cuba mendapatkan pendapatan tambahan dengan membasuh bas pada setiap malam dengan bayaran 10 sen sebuah bas setelah bekerja sebagai mekanik pada siang hari. Melalui kerja kuat dan berjimat cermat, beliau menabung duit yang dimilikinya dan memulakan perniagaan bas pada usia 21 tahun. Bagaimanapun usahanya itu terganggu apabila meletusnya perang dunia Kedua pada tahun 1942 ( Utusan Online, 2015)
Dalam tahun 1958, beliau telah pergi ke negara Jepun untuk makan angin. Ketika beliau berada di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau telah berjumpa dengan Encik Soichiro Honda buat pertama kalinya. Beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Namun, motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati ( Boon Siew Hondak, 2015).
CIRI USAHAWAN : INISIATIF
Ciri usahawan berjaya yang terdapat pada Tan Sri Dato' Loh Boon Siew ialah inisiatif. Semasa melakukan lawatan ke Osaka, Jepun pada tahun 1954, beliau terlihat sebuah motorsikal bersaiz kecil atau ‘cub’ yang didapati sesuai untuk dibawa masuk ke Malaysia. Menurut sejarah, Tan Sri sanggup mengejar motorsikal terbabit untuk melihat dengan lebih dekat lagi ciri-ciri motorsikal terbabit. Ini kerana beliau berpendapat bahawa motorsikal jenis Honda tersebut amat sesuai untuk digunakan kerana saiznya yang kecil dan ringan sesuai untuk orang Asia yang rata-rata bersaiz kecil berbanding dengan motorsikal buatan Eropah ( Utusan Online, 2015 )
Pada ketika itulah, Tan Sri dapat melihat motorsikal Honda ‘cub’ sebagai satu peluang bagi beliau untuk dijual di Malaysia. Lantaran itu, Tan Sri telah berjaya mempengaruhi pengeluar motorsikal terbabit iaitu Honda Motor Japan Limited untuk melantik beliau untuk menjadi pengedar tunggal motorsikal Honda di Malaysia. Sejak beliau menemui pengasas motosikal Honda itu, pertalian persahabatan antara kedua-duanya terjalin dan terus berkembang sepanjang hayat hidupnya. Soichiro dan Loh menjadikan Honda terkenal di Malaysia melalui nama 'Boon Siew - Honda', raja motosikal. Selain usaha yang gigih, Boon Siew Sdn. Bhd. juga diasas pegangan kuat atau falsafah hidup Loh. Hal ini kerana beliau percaya syarikatnya harus menjadi penggerak utama industri motosikal dan sekali gus membantu mengembangkan ekonomi Malaysia. Ia telah dibuktikan melalui pembukaan kilang pemasangan motosikal ‘Boon Siew-Honda’ yang pertama di Malaysia melalui ‘Kah Motor Co. Sdn. Bhd’ yang ditubuhkan pada tahun 1968 manakala pengeluarannya pula pada tahun 1969. Dengan ciri usahawan iaitu inisiatif ini telah berjaya menjadikan Tan Sri sebagai usahawan yang berjaya. Kemampuan untuk menghidup peluang yang ada jelas menjadi kelebihan bagi seseorang individu untuk menjadi usahawan yang berjaya ( Utusan Online, 2015).
Hal yang demikian, untuk menjadi seseorang usahawan yang berjaya bukanlah jalan yang mudah untuk dicapai kerana seseorang itu mestilah bijak dalam meramalkan produk yang sesuai untuk dihasilkan serta dipasarkan. Produk tersebut mestilah sesuai dengan faktor sosio budaya masyarakat setempat, contohnya Tan Sri Dato' Loh Boon Siew mengkaji dalam pengeluaran produknya yang pertama iaitu dengan menjual motosikal Honda kecil kepada rakannya Malaysia. Motosikal tersebut sesuai kerana saiznya yang kecil sesuai dengan orang asia yang berbadan kecil. Idea untuk mendapatkan produk yang sesuai untuk dipasarkan juga bukanlah perlu dijanakan melalui proses yang panjang atau sukar, tetapi idea yang timbul secara tiba-tiba juga dapat membantu seseorang itu untuk menjadi usahawan yang berjaya. Contohnya seperti Tan Sri Loh Boon Siew, idea beliau yang datang secara tiba-tiba semasa berada di Osaka, Jepun. Sikap inisiatif  diambil disebabkan oleh peristiwa itulah telah membuatkan beliau menjadi usahawan yang berjaya. Sehingga hari ini, lebih dari 2 juta unit motorsikal Honda berada di atas jalanraya Malaysia dan 51 tahun usia perkongsian ini idea antara Tan Sri Loh Boon Siew dengan Soichiro Honda telah banyak memberi kejayaan dalam karier mereka. Hal ini kerana tertubuhnya “Boon Siew Honda” sebuah organisasi yang dibina atas dasar semangat, tekad dan paling penting sekali, impian. Kerana Impian dan cita-cita yang tinggi telah mengilhamkan penghasilan produk-produk innovatif yang memperbaiki pergerakan dan memberi manfaat kepada masyarakat ( Boon Siew Honda, 2015 ).

TONY FERNANDES DAN AIR ASIA
Jika sebelum ini kita sering dihidangkan dengan biografi ringkas tokoh usahawan Melayu  seperti Tan Sri Mokhtar Al Bukhary,  tokoh usahawan Cina seperti Tan Sri Robert Kwok, Kumpulan Mydin,  kini saya ingin pula  menarik perhatian segenap masyarakat kepada seorang tokoh usahawan yang luar biasa berketurunan India,  iaitu Tan Sri Tony Fernandes, pengasas dan peneraju syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.
Tony Fernandes yang kini berusia 51 tahun,  dilahirkan pada 30 April 1964 daripada sebuah keluarga campuran Portugis-Goa(India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama  Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez. Tony Fernandes mengasaskan Tune Air Sdn Bhd pada tahun 2001, dengan wawasan untuk menjadikan perjalanan udara lebih mampu kepada rakyat Malaysia. Dengan itu dalam fikiran, Tony tiga orang dan rakan-rakan beliau yang telah membelikan AirAsia dari pemilik DRB-Hicom.
CIRI USAHAWAN : BERPANDANGAN JAUH
Beliau merupakan seorang yang sangat berpandangan jauh ke hadapan dan ini merupakan antara ciri keusahawanan yang telah membantunya untuk berjaya menubuhkan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia. Buktinya, ketika beliau sedang menuntut di luar negara dan mendapati ibunya telah meninggal dunia di Malaysia, beliau tidak dapat pulang kerana harga tiket penerbangan yang mahal. Dari situ timbullah idea beliau untuk mewujudkan syarikat penerbangan tambang murah. Kita dapat lihat betapa beliau seorang yang sangat berpandangan jauh ke hadapan.
Beliau juga seorang usahawan yang serba boleh. Buktinya, beliau turut menjalankan perniagaan lain yang beroperasi di bawah Kumpulan Tune iaitu Tune Hotels, Tune Money, Tune Talk, Tune Sports, Tune Studio dan Kuala Lumpur Education City (KLEC). Syarikat penerbagan AirAsia berada di bawah perniagaan Tune Air. Selain itu, Tan Sri Tony Fernandes juga membuat pelaburan ke atas MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers dan sebagainya.
Selain itu, beliau juga merupakan seorang usahawan yang mampu belajar dari kesilapan. Di bawah kepimpinan beliau, syarikat penerbangan Air Asia dengan hutang RM40 juta menjadi perniagaan yang berkembang. Syarikat penerbangan itu dibayar balik semua hutang dan telah berada dalam kedudukan yang menguntungkan dari hari pertama operasi. Dalam kurang dari 3 tahun, AirAsia meningkatkan dari 2 Boeing sederhana 737-300 kepada 30 dan kini beroperasi lebih 100 penerbangan domestik dan antarabangsa setiap hari dari KLIA, Johor Bahru, Bangkok dan Jakarta.
Seterusnya, beliau juga mempunyai tahap kesedaran etika yang sangat tinggi. Misalnya melalui tips kejayaan Air Asia yang dokongsikan sendiri oleh beliau iaitu melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh staf. Melalui cara begini, beliau dapat memahami dan mengesan cabaran dalam operasi syarikat. Selain itu, beliau percaya bahawa setiap pekerja adalah aset kepada syarikat. Tidak kira di bahagian mana mereka ditempatkan dan apa yang mereka lakukan, setiap dari mereka adalah penggerak syarikat.
Akhir sekali, beliau merupakan seorang usahawan yang tegas. Buktinya, beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, menafikan sebuah laporan bahawa syarikat itu sedang berdepan beberapa masalah berhubung penubuhan syarikat penerbangan tambah murah baru, AirAsia India dan mengatakan bahawa perusahaan lain yang ingin bersaing dengan AirAsia perlu usaha yang sangat keras untuk mewujudkannya. Sesungguhnya, beliau telah berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah.
TOKOH JIMMY CHOO
Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi ( Usahawan, 2015 )
Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa ( Usahawan, 2015).
Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Pada tahun pertama, bapanya menanggung pengajiannya tetapi untuk 3 tahun yang seterusnya, beliau melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya ( Arkib Negara, 2015).

CIRI USAHAWAN : SERBA BOLEH
Datuk Jimmy Choo mempunyai ciri usahawan yang berjaya iaitu serba boleh. Beliau mampu menyerap dengan baik akan perubahan zaman yang kini memerlukan fesyen yang terkini. Namun, beliau cuba untuk berusaha membina empayarnya yang tersendiri dengan membuka kedai kasut dengan hasil ciptaannya yang tersendiri. Sebagai bukti, selepas tamat pengajian, beliau bekerja sebagai penolong pereka fesyen di sebuah kilang di Hackney, London. setelah dua tahun bekerja, Datuk Jimmy Choo mengambil inisiatif untuk membuka perniagaan sendiri apabila beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau terpaksa mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Pada masa itu sangat sukar untuk menjual kasut kerana beliau bukan orang terkenal. Penglibatan awal di sana sangat susah kerana London bukan kota kecil dan ia sangat popular. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot ( Usahawan, 2015).
Nasib beliau berubah apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekan kasut Datuk Jimmy Choo dan membelinya. Sejak daripada itu, nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya menjadi kegilaan artis dan selebriti di seluruh dunia ( Usahawan, 2015).
Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy Choo, namun beliau yang serba boleh dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Datuk Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan. Permulaan yang penuh dengan liku onak dan duri meletakkan usahawan ini antara yang paling berjaya dalam bidang pembuatan kasut. Hal ini secara tidak langsung meletakkan beliau antara golongan jutawan yang terkaya di Malaysia malah di dunia ( Usahawan, 2015).
TOKOH DATUK SANI
Latar belakang tentang penubuhan Bas Sani Express berdasarkan pemiliknya. Pemilik Syarikat Bas Sani Express ialah Datuk Wan  Mohammad Sani Salleh. Datuk Sani dilahirkan pada tanggal 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. Datuk Sani adalah anak keempat daripada 6 adik beradik.  Datuk Sani mendapat pendidikan Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway pada tahun 1994. Datuk Sani dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang(DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Keusahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu Malaysia(DPMM) Kuala Lumpur (April,2009).
CIRI USAHAWAN : BERPANDANGAN JAUH
Pada tahun 2003, Datuk Sani menubuhkan SUSB  bertujuan untuk perniagaan  pengangkutan. Pada awalnya, beliau mempunyai dua orang rakan kongsi. Namun, pada akhirnya rakan kongsi Datuk Sani telah menarik diri.  Oeh itu, keputusan yang perlu dibuat oleh Datuk Sani perlu dibuat dengan bijak kerana beliau tiada tempat bergantung dan perlu membuat keputusan dengan sendiri tanpa merujuk kepada sesiapa.
Oleh itu, timbul kesedaran yang tinggi oleh Datuk Sani bahawa satu perniagaan bukan sesuatu jalan yang mudah. Dengan peluang yang diberi, Datuk Sani selalu membuat kajian yang terperinci serta menganalisis dan menstruktur strategi. Beliau tidak menafikan bahawa kesukaran yang dilalui sebelum ini memberi pulagan yang bermakna kerana Sani Express menjadi peneraju dalam pengangkutan ekspress di Malaysia  (Mohd.Dahari, 2011).
Pada tahun 2006, Bas Sani Express mendapat  sambutan yang  menggalakkan diatas jalan raya. Selepas 3 tahun beroperasi, kakitangan Sani Ekspress bertambah dari seorang kepada 150 orang. Ini menunjukkan Sani ekspress berkembang secara luar biasa. Selain itu, pejabat yang kecil berada di Ukay Perdana , kini ani Ekspress mempunyai wisma sendiri dengan belanja pengubahsuaian mencecah RM7 juta.
TOKOH TAN SRI DATO ‘AZMAN HASYIM
Tan Sri Dato 'Azman Hashim dilahirkan pada Julai 1939 di Kuala Lumpur didalam sebuah keluarga yang mempunyai seramai tiga belas adik-beradik dan menghabiskan zaman kanak-kanak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Bapanya adalah seorang garang ketat dan ibunya seorang guru sekolah yang kemudiannya menjadi Guru Besar Sekolah Kampung Baru Girls '. Pada tahun 1954, beliau menduduki Peperiksaan Senior Cambridge dan mendapat gred pertama. Beliau telah ditawarkan perakaunan pada Biasiswa Rancangan Colombo yang membawanya ke Australia dari tahun 1955 hingga 1960. Beliau menjadi Akauntan Bertauliah Berkanun dan Setiausaha sebelum usia 21. Beliau menjadi Felo kedua-dua Chartered Institute of Accountants, Australia (FCA Australia) dan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia (FCIS) pada tahun 1960. Kemudian beliau juga menjadi Ahli Utama Institut Bank-Bank Malaysia, Institut Pengarah Malaysia dan Institut Pengurusan Malaysia.


CIRI USAHAWAN : SERBA BOLEH
Menurut Malike Brahim ( 2008 ), serba boleh diertikan sebagai kemampuan yang pelbagai aspek yang menjurus kepada kejayaan seseorang. Dalam hal ini, usahawan yang mempunyai ciri – ciri kejayaan pastinya mempunyai kemampuan yang serba boleh dalam pelbagai aspek misalnya dalam menguruskan kewangan, menguruskan konflik dalam organisasi, dan menguruskan kejayaan organisasi sehingga mencapai matlamat. Sebagai contoh, kerjaya Tan Sri Dato 'Azman Hashim adalah seorang tokoh korporat. Pengalaman beliau bermula di Perth, Australia di mana beliau bekerja dengan Tetuan OL Haines & Co (Chartered Accountants) 1955-1960. Pada tahun 1960, beliau kembali berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia sehingga Mei 1964 apabila dia meninggalkan untuk memulakan amalan sendiri perakaunan Azman & Co yang kemudiannya berkembang menjadi suatu perkongsian, Azman Wong Salleh & Co (Chartered Accountants). Oleh kerana kemampuan beliau yang serba boleh maka beliau mampu untuk menghadapai segala cabaran yang ditempuhi. Malah, beliau kemudian menyertai Lembaga Pengarah Malayan Banking Berhad pada tahun 1966 dan merupakan Pengarah Eksekutif dari tahun 1971 hingga tahun 1980.
CIRI USAHAWAN : INTEGRITI DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Dalam menjadi usahawan yang berjaya, kita perlu mempunyai nilai – nilai murni dan amalan kerja yang baik bagi menghasilkan pembudayaan kerja yang berhasil. Integriti dan kebolehpercaya merupakan asas bagi menjayakan sesuatu kerja supaya lebih berkesan dan mampu menghasilkan produk yang berkualiti. Tambahan, melalui amalan ini maka sesuatu metlamat akan tercapai dengan baik ( Institut Integriti Malaysia, 2015). Menurut Institut Integriti Malaysia (2015 ) nilai integriti bererti gabungan kepada kejujuran dan amanah yang diamalkan oleh seseorang pekerja atau usahawan. Tambahan pula, kebolehpercayaan pula bermaksud tingkah laku yang mampu memberikan orang lain yakin akan kebolehan seseorang individu tersebut sehingga mampu untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Melalui nilai ini maka secara tidak langsung seseorang usahawan mampu untuk mencapai kejayaan. Buktinya, oleh kerana amalan yang sudah sebati dengan diri Tan Sri Dato ‘Azman Hasyim maka beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank Berhad pada tahun 1980 sehingga tahun 1982 apabila beliau menjadi Pengerusi Kumpulan AmBank sehingga hari ini. Pada masa ini, Tan Sri Dato 'Azman Hashim adalah Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Berhad dan Pengerusi beberapa anak syarikat Kumpulan AmBank dan juga Amcorp Properties Berhad ( Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia, 2015).
CIRI USAHAWAN: KETEPATAN MASA
            Ketepatan masa amat penting dalam menjayakan sesuatu matlamat. Usahawan yang berjaya tidak akan membuang masanya bahkan menggunakan masa dengan sebaik yang mungkin ( Nazeem Azizan, 2015 ). Usahawan yang berjaya akan meletakkan diri mereka dalam keadaan yang sentiasa menepati masa. Jika terdapat masa terluang, mereka akan mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka atau merancang secara tidak langsung. Ketepatan masa merupakan salah satu ciri yang perlu ditonjolkan oleh setiap usahawan kepada semua pihak yang mempunyai kepentingan dengan perniagaan ( Rosli Mahmood, et. al., 2010 ). Pihak yang mempunyai kepentingan dengan usahawan antaranya ialah pelanggan, pembekal, pekerja, peguam, bank, akauntan, pekongsia, pemegang saham dan kerajaan. Sifat kejujuran dan menepati janji amat penting dan perlu dititikberatkan oleh para usahawan kerana ianya membolehkan usahawan itu mendapat kepercayaan semua pihak yang berkepentingan dengannya. Contohnya, Tan Sri Dato’ Azman Hasyim senentiasa menepati masa didalam perniagaan atau di dalam urusan sehariannya. Beliau amat mengambil berat akan peredaran masa kerana bagi beliau masa iatu ibarat seperti emas. Beliau akan meneliti secara terperinci akan matlamat organisasi jika beliau mempunyai kerenggangan masa. Bahkan berliau sering melakukan pemantauan dari semasa ke semasa akan syarikan Am Bank milik berliau agar matlamat syarikat akan tercapai dengan sebaik yang mungkin ( Arkib Negara Malaysia, 2015 ).
CIRI USAHAWAN : INISIATIF
Para usahawan yang berjaya juga mempunyai perancangan yang terbaik dan mempunyai inisiatif tersendiri. Menurut Mohamed Ayub Hassan ( 2008 ) inisiatif membawa erti daya usaha atau gerak pertama. Malah berliau membuat kesimpulan bahawa para usahawan perlu mengambil langkah yang terbaik dalam menguruskan perniagaan mereka dalam jangka masa panjang dan berterusan. Oleh kerana itu, usahawan perlu mengamalkan ciri ini supaya jelas menunjukkan bahawa usahawan itu mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa. Sikap berinisiatif perlu ada di dalam diri usahawan agar mereka mampu memperlihatkan ciri – ciri positif yang ada pada diri mereka. Hal ini penting kerana usahawan yang berjaya akan bertanggungjawab terhadap sikap, tingkah laku serta perbuatannya. Seseorang yang berinisiatif perlu bagi menghadapi arus perubahan dan peredaran masa supaya tidak dianggap ketinggalan. Sebagai contoh, Tan Sri Dato’ Azman Hasyim telah jelas memperlihatkan sikap inisiatif dalam membuka perniagaan beliau sehingga diiktiraf sebagai 10 orang yang terkaya di Malaysia dan meduduki rangking di dalam carta orang yang terkaya di dunia. Malahan, beliau yang asalnya hanya bekerja sebagai seseorang yang makan gaji, maka dengan sikap inisiatifnya itu hasilnya, beliau mampu untuk menggunakan ilmu yang ada dan membuka perniagaannya tersendiri sehingga mampu untuk membina Am Bank yang terkemuka di dunia ( Majalah Niaga, 2015 ).
CIRI USAHAWAN : PANDANGAN JAUH
            Setiap usahawan perlu memikirkan masa hadapan agar mencapai hajat yang diinginkan. Pandangan jauh sama juga seperti bervisi ( Abdul Aziz Ab. Latif, Mohd Abdullah Jusof, Mohd Azlan Yahya, Osman Jusof, Syahira Hamidon, 2011 ). Maka secara tidak langsung usahawan yang bervisi pastinya akan menempah kejayaan dalam organisasi yang dimilikinya tidak kira secara kecil – kecilan mahupun secara besar – besaran. Seseorang usahawan yang mempunyai visi juga dikelai sebagai ‘visionary’. Pastinya usahawan ini mempunyai visi dan hala tuju yang ingin dicapai berdasarkan objektif dan matlamat yang dirangka. Usahawan yang mempunyai visi tahu terhadap segala tindakkannya iaitu selari dengan matlamat Wawasan 2020 yang digubal bukan sahaja untuk jangka masa pendek, tetapi juga untuk masa panjang bagi mencapai matlamat dan visi organisasinya. Contohnya, Tan Sri Dato’ Azman Hasyim ini sentiasa mempunyai visi untuk merancang masa depan organisasinya. Tidak kira apapun pekerjaannya beliau tetap akan sentiasa berpandangan kehadapan dengan mematuhi langkah – langkah yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat yang ingin dicapai dengan sebaik yang mungkin. Hasilnya kini, beliau berjaya di persada dunia ( Arkib Negara Malaysia, 2015 ).






KESIMPULAN
            Usahawan adalah individu yang mempunyai ciri – ciri istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu yang lain. Banyak perbezaan yang dapat dikenal pasti malah ciri antara usahawan dengan peniaga, pengurus dan usahawan dalaman telah diketengahkan. Individu atau masyarakat yang ingin mencapai kejayaan seperti usahawan perlulah mendalami dan mempunyai ciri – ciri usahawan seperti yang telah dibincangkan. Terdapat mitos yang sering diperkatakan terhadap usahawan, namun dengan ilmu pengetahuan yang mantap, masyarakat mula sedar akan kepentingan usahawan dalam membangunkan ekonomi negara ( Deviga Vengedasalam dan Karunagaran Madhavan, 2013).
            Setiap individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan negara. Setiap individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri – ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakkan usahawan bukanlah dilahirkan secara semula jadi, tetapi adalah disebabkan faktor – faktor seperti mempunyai daya inisiatif dan kejayaan yang tinggi, lokus kawalan dalaman yang tinggi serta berkeyakinan terhadap kebolehan dirilah yang menjadikan mereka bergitu perkasa di persada dunia. Maka secara tidak langsung kebergantungan ekonomi juga adalah hasil daripada usahawan yang melakukan perniagaan. Malah, salah satu naik turunnya ekonomi negara adalah kebergantungan kepada usahawan yang berjaya membangunkan ekonominya dan hasilnya dapat disumbangkan kepada ekonomi negara Malaysia ( Deviga Vengedasalam dan Karunagaran Madhavan, 2013).
            Tuntasnya, setiap insan bukan hanya dilahirkan sebagai pewaris kepada usahawan tetapi setiap insan mempunyai potensi tersendiri untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya di mata dunia maupun di persada antarabangsa. Usahawan juga mampu untuk merubah dunia jika inovasi yang tinggi, semangat yang berkobar, berani mengambil risiko dan berdayang saing serta mempunyai inovasi yang tinggi maka secara tidak langsung ia akan dapat mencorak masa depan individu tersebut maupun masa depan negara yang tercinta. Oleh yang demikian, sector ekonomi bagi sesebuah negara juga bergantung kepada usahawan yang berjaya di dalam negara tersebut    ( Deviga Vengedasalam dan Karunagaran Madhavan, 2013).



 RUJUKAN
Utusan online, 2015 : Arkib negara 1999 - BoonSiew raja motosikal Malaysia.

Boon Siew Honda, 2015: Apabila dua impian individu menjadi kenyataan.

Usahawan. com, 2015: Kisah kejayaan Dato Jimmy Choo.

Utusan Online, 2015 : Arkib Negara  - Kehebatan Jimmy Choo.

Mohd.Dahari, R., 2011:  Korporat: Liku kejayaan Sani Ekpress. Utusan Onlines:

Scribd, 2015: Belajar daripada kesilapan.

Academia.edu, 2015: Definisi kebolehpercayaan.

Portal Rasmi Institut Integriti Malaysia, 2015: Maksud integrity.
             http://www.iim.org.my/FAQ

Poirtal Rasmi Arkib Negara Malaysia, 2015 : Biodata Tan Sri Dato’ Azman Hasyim.

Wazeen Azizan, 2015 : Ciri Usahawan yang berjaya.

Majalah Niaga, 2015 : Senarai individu yang terkaya di Malaysia 2015.

Abdul Aziz Ab. Latif, Mohd Abdullah Jusoh, Mohd Azlan Yahya, Osman Jusoh, Syahira Hamidon, 2011 
: Asas keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil dan sederhana. Universiti Malaysia Kelantan.

Deviga Vengedasalam dan Karunagaran Madhavan, 2013: Principles of economics - 3rd edition.Selangor
Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.