Khamis, 25 Disember 2014

PRINSIP MASA DEPAN



sumber: FB Shahadat Nordin

Masa depan.! Bukan mudah untuk berbicara tentang masa depan. Kita punyai segalanya yang tuhan berikan. Tangan, akal, kaki, telinga, mata, hidung, mulut dan sebagainya. Allah S.W.T berikan kepada setiap insan tak kira siapa pun dia. Namun, kita masih tidak bersyukur. Semua manusia diberikan sama sahaja cuma bersyukur, tawakal dan berusaha di muka bumi ini.

Aku pernah terdetik dalam hati. Mengapakah Allah S.W.T menjadikan syurga mahupun neraka.? Bila kita akan masuk ke sana.? Adakah sudah ditentukan atau kita yang menentukan.? Masyallah, Aku tidak bererti melawan kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa. Aku maksudkan adakah kita ini meletakkan diri kita itu ke syurga atau neraka. Sebab, Allah S.W.T dah beri jalan yang terbaik untuk kita pilih hitam maupun putih.

Aku mengatur langkah demi langkah agar aku mudah untuk memahami erti sebenarnya kehidupan. Berguru... Semua orang berguru tapi guru yang bagaimana.? Adakah guru dunia semata - mata atau guru dunia dan akhirat, atau guru akhirat sahaja.? Mungkin prinsip hidup aku tidak sama dengan kamu.

Pasantren Suryalaya, Bandung Inonesia dan Pondok INABAH, Kuala Nerang Kedah. Ya disitulah bapaku mula meniti erti kehidupan. Belajar agama sehingga ketitisan darah yang terakhir. Berjuang mencari kebenaran dan mencari "Mardhatillah". Soalan yang timbul. Masyallah hebat. Nak tahu.? Aku bagi persoalannya sahaja. Dimana redhonya Allah S.W.T..? Kamu nampak tak.? Kelihatan.? Atau kamu sudah merasainya redho Tuhan.? Dimana letakkan kalimah "Lailla hailallah"...? Nah.! itu persoalan yang mungkin boleh dijawab dan tidak mungkin untuk dijawab kan.

Jadi carilah Ilmu sebanyak mungkin dan amalkan dengan sebaik mungkin serta ajarkan kepada manusia yang meminta pertolongan atau bertanyakan kepada kamu. 

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah ( untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan mendapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian ia mati (dalam perjalanannya), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani)."

~Maksud ayat 100 : Surah An-Nisa'~

Nah.! Faham tak kamu yang membaca nih. Maka bukan senang untuk mencari kesenangan dan bukan mudah untuk mendapatkan mudahnya kehidupan. Maka bertebaranlah dikau di muka bumi ini untuk mencari erti sebenar "Mardhatillah"

"Pastinya masa depan kamu kan cerah kelak"

(MSAN هامبا الله )

Sabtu, 13 Disember 2014

ANGAN - ANGAN BUKAN MAINAN


sumber: Facebook

Termenung bukan perkara yang mudah. Nanti. Kau pernahkan termenung. Sampai bila. Sampai mati atau sampai dunia ini hancur. Ayat dilema yang memusing ke dalam kotak fikiranku. Hati terdetik bila aku akan berjaya. Aku tak nampak aku berjaya. Bila..? Mengapa..?

Memang manusia suka berangan. Ada yang kata "Menjadikan angan - angan itu sebagai realiti maka kita kena berusaha sehingga mencapai apa yang dihajati". Hermm... Tapi ada juga yang kata " Berangan akan merosakkan masa depan kau.". Hah..!!! yang mana satu.. Pening aku dibuatnya...
Tapi pada aku angan itu bagus untuk masa depan yang cerah.

Penipu...!!! Itu pun jadi masalah. Adakah angan itu menipu. Kalau berangan nak jadi angkasawan boleh saja. Dato' Dr. Sheikh Muzafar Syukor angkasawan negara pertama di Asia Tenggara. Hah...!!! Itu penipukah...??? Terpulang kepada kalian. Beliau pun berangan juga kan... Yang mana satu pilihan kalian... Berangan supaya berjaya ka atau duduk terdiam hanya menanti bulan jatuh ke riba.

Bukan senang nak mencapai angan - angan kalian tuh. Pertama kena banyak bersabar dan kemudian kena banyak berusaha. Tak semesti angan kalian tuh hanya menjadi realiti kalau tanpa usaha. Lagi satu berdoalah kalian supaya angan - angan kalian menjadi realiti. Bahagia diri, keluarga, bangsa dan negara. Bukan sia - sia tika berangan.

Ingat hidup hanya sementara entah kapan nyawa kita diambil kembali. Entah bila jasad kita dimamah bumi. Jadi cari ilmu, beramal dengan ilmu dan kemudian tambah keimanan kepada yang Esa dan sebarkanlah kepada hamba Allah yang memerlukan pandangan dan bantuanmu. 

Berusaha tangga kejayaan.. Saya sudah anda bila lagi...

MSAN ( هامبا الله )

Jumaat, 12 Disember 2014

GURU PENYAMBUNG WARISAN


sumber : Mohd Rahimi Aziz ( Facebook )

Maafkan aku sahabat andai aku hanya tunduk diam menyepi...
maafkan aku sahabat andai setiap tuturku hanya menambah duri
di hatimu... maafkan aku sahabat andai aku tidak cukup sempurna
untuk menjadi sahabatmu yang baik... maafkan aku sahabat andai 
aku bukan sahabat yang kau cari...

Aku hanya tahu untuk mengimpikan seorang sahabat sejati tetapi
diri ini tidak cukup sejati dalam bersahabat... mengharap sahabat yang 
sentiasa memahami diri ini tetapi diri masih berburuk sangka dengan
sahabat sendiri... mengejar sahabat yang sentiasa bersama di sisi tetapi
keegoan masih beraja di dalam hati..

Beliau merupakan salah seorang tokoh yang berjasa tanpa meminta balasan semata
Semoga beliau meneruskan kehidupan sebagai insan yang berguna dunia dan akhirat
Bakal Guru Kepimpinan Baharu

MSAN ( هامبا الله  )

KUNJUNGAN PERSAHABATAN


sumber: Shahadat Nordin ( Facebook )

Tika dikau bertandang kemari. Telah ku sediakan segalanya untukMu.
Tatkala langkah demi langkah menyusun masuk kepintu 
Berubah wajahmu melihat keanggunan tempatku.

Hari demi hari segala kian menjadi
Perubahan demi perubahan kini menjadi saksi
Kenangan demi kenangan telah kau ukiri
Pahit dan manis menjadi realiti

Kini gelak ketawamu menjadi tersisip rapi
Kini tinta penaku menulis kenangan yang indah abadi
Walau ranjau berduri
Walau liku dirempuhi
Dikau tabah mengharungi cabaran yang menguji

Kita bersama insan yang tersayang
Mengajak nian berjalan bersama
Makan bersama minum bersama 
Ingatkah dikau tika di atas Menara
Dikau berjanji akan kembali lagi
Dikau menitiskan air mata bersyukur pada yang Esa

sumber: Shahadat Noridn ( Facebook )

Tika kita di masjid tika kita di pekan
Dikau mengukir senyuman yang tiada bandingan
Dikau melihat keindahan tempatku yang tak seberapa serinya
Dikau tatap wajah rumahku dan meninggal tanda tanya
Bilakah dikau kan kemari...?
apakah mungkin kita bertemu lagi...?

Pertemuan terakhir menjadi saksi
Gelang kau beri kini selalu dihati
Hadiah yang kalian beri masih terpancar indah berseri
mengukir kenangan tidak bertepi

Akanku atur langkah kesana
Mengira masa detik bersama 
Kapankah kita bertemu hanya mampu menunggu masa
Pastinya Tuhan ada perancangannya
Moga bersahabatan kita kekal selamanya
Didunia juga di akhirat.

MSAN ( هامبا الله )

KENAL DIRI MAKA KENAL CINTA



sumber: Shahadat Nordin ( Facebook )


Ramai antara kita mengenali bait kata "Cinta".
Cinta...
Kau nak tergelak pun ada kan bila kita sebut pasal "Cinta". "Aku cinta kan kau"... "Aku rindu kan kau." tetapi apa yang dapat..??? Duit keluar macam air... tinggal solat tinggal ibadat... Berkat ka cinta sebegitu rupa... "Tepuk dada tanya Iman." 

Sekarang Melayu semakin teruk.... Bukan aku yang cakap tetapi kau tengok lah sendiri. Disebabkan budaya media dan teknologi yang canngih tanpa ada pemantauan dalam diri, tanpa iman dijaga rapi habis semua adat dan warisan ditinggalkan sepi. Agama entah kemana, pakaian menjolok mata, budi bahasa lagi lah hilang ditiup angin, rasa hormat, rasa kasihan, rasa sayang sudah ditinggalkan menjadi misteri.. Semua ini kerana apa... Kerana "Erti cinta" yang kau sanjung tinggi...


sumber: Shahadat Nordin ( Facebook )


Aku hamparkan satu kisah...
Dulu ada seorang lelaki muda umurnya lingkungan 50'an dan aku panggil dia "Abang". Ishhh.!!! Geli aku dengan perkataan "abang" tak sesuai dengan usianya. Tapi hormat yang meninggi aku panggil saja "abang". Sebab apa panggil dia sedemikian, sebab perangainya macam orang muda yang lingkungan usianya 20'an. Suka menyanyi, suka sembang dan suka segalanya. Melepak macam rutin hariannya.

Nak dijadikan cerita diaa panggil aku "Adik". Kalau kau lah rasa rimas ka atau rasa suka dengan gelaran itu. Dia kata aku nih suka melayan dan berperangai "manja". Ishhhh...!!! setahu aku. Aku nih suka bersembang ja. Almaklumlah dia kan sudah berusia, bahasa kasarnya dah "Tua" pun tak sedar diri. Tapi masih aku boleh terima. Sebab aku hormat dia sebagai bapa orang.

Dah lama berkenalan, macam biasa berlakon sekali, kerja pun dibawah satu bumbung. Tapi perangai dia hanya Allah yang tahu. Aku nih dah lar dari keluarga yang serba kekurangan. Mak ayah aku tiap - tiap hari bersembang bab agama. Aku suka perkara itu. Jadi kalau bab agama nih insyallah terjawablah. Tapi si "Abang" nih. Haduh...!!! rupanya dia suka dengan lelaki. Patut semacam bila dengan aku. Aku nih pulak suka melayan orang sembang. Mulut banyak tapi still ada adap lagi lah. 

Sampai satu tahap, dia ajak aku keluar makan. Hanya tuhan yang tahu. Aku dengar cerita daripada rakan aku si"Abang" ni dia suka dengan lelaki tapi aku tak mahu menuduh larr. Nak dijadikan cerita panas tetiba dia kata dia "Cinta" dengan aku. Inilah perkara pertama yang buat aku nak "Muntah" dan kemudian aku terus tersentap dan pening. Macam nak tembak dia pun ada juga. Kalau ada pistol waktu tuh memang aku tembak dia, biar mati macam katak kangkang. Tapi cool dan sabar. Sabar kan separuh daripada imn. Kannn.... Aku main celoteh jelah dengan dia. "Abang jom saya nak kena balik dah pukul 9.00 malam nanti mak tanya, sambil - sambil tuh boleh kita menyanyi dalam kereta" ujar aku. Dia menjawab " Baiklah sayang... abang ikut ja."

Kalau lah kau jadi macam aku, Jawabnya dah kena "BOm" petapa gatal nih... Tapi aku juga kan lelaki, Aku kena sabar dengan karenah dia dan menerapkan nilai - nilai Islam perlahan - lahan dan cara yang halus. Setibanya di rumah. Aku keluar dari pintu kereta dan aku lari tanpa menoleh kebelakang langsung. Taubat aku tak mahu dah jumpa lelaki nih. Tiap - tiap hari hantarnya mesej dekat aku. Aku balas.... Tapi aku terapkan nilai- nilai Islam. Aku kata " Saya nak solat sekejap bang ya." "saya tengah baca al-Quran nih, sekejap ya" " Saya tengah solat Dhuha nih" dan macam - macam lagi alasan aku.

Perkara itu memang aku lakukan tetapi sampai tengah malam pun nak mesej bagai. Huh...!!! sabar je lah... Kini aku bebas sebab nombor aku yang lama dah hilang. Dan aku masuk Universiti serta yang bestnya dah pindah rumah dah pun.... Hah...!!! Aku harap dia berubah menjadi insan sedar diri. "Rumah kata pergi Kubur kata Mari" Ingat....!!! Alhamdulillah Tuhan masih pelihara iman aku sebagai seorang insan Islam. Alhamdulillah.

Persoalannya apakah itu cinta..??? Kepada siapa kita ingin bercinta...??? terserah kepada kau untuk menjawabnya...
Kalau "Aku" cinta itu hanya untuk Azza Wajalla dan tiada tolak bandingnya dengan manusia serta perhiasan di dunia ini. Aku adalah aku dan kau adalah engkau....bersambung...

MSAN (هامبا الله )

KEKUATAN DIRI

Sumber: Kelab Pengucapan Awam UUM 

Jika kau ingin berjaya tidak kira di dunia mahupun di akhirat.. Kembalilah kepada tuhanMu.. Jika yang beragama Islam kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. 
Jangan jadikan alasan malas sebagai bebanan untuk engkau terus hidup sebagai seorang manusia yang sangat berguna... Ingatlah bahawa selagi nyawa dikandung badan maka berusahalah dikau untuk memenuhi amal kebajikan dengan sebanyaknya. Amin

Lupakan kisah silam yang menyanyat hati, menghiraukan jiwa dan membuatkan dirimu dirundung kesedihan yang teramat sangat. Kembalilah kepada insan yang sering dikau percaya. Teman.. IbuBapa.. Guru - guru... Keluarga... dan sesiapa sahaja asalkan dikau mampu untuk menluahkan rasa beban yang terpendem di lubuk hatiMu.

sumber: Shahadat Nordin ( Facebook )

Jadikan hari - harimu sebagai seorang yang ceria dan mampu untuk menceriakan orang lain dengan baik sekali. Jangan harapkan pujian manusia yang terlampau dan mengharapkan balasan didunia semata-mata. Kerana ia hanya sementara sahaja. Maka buka akalmu yang jauh dan berdoa pada yang Esa untuk hari - hari yang mendatang.

Sayangi orang yang membenci dirimu dan Jangan berasa diri pandai tetapi pandailah kamu merasa. Semoga kamu menjadi insan kamil mukamil yang benar - benar beriman kepada Azza Wajalla. Insyallah. Bahagia didunia dan bahagia di Akhirat. Amin.

MSAN ( هامبا الله )

MELODI KEHIDUPAN




sumber: SMK Tunku Abdul Malik (Google) 

 2/1/2007 Tarikh keramat yang tidak mungkin aku lupakan. Didik dan asuhan hasil guru - guru yang tidak kenal erti penat lelahnya. Orang pertama yang aku jumpa Cikgu Asyiqin atau gelaran manjanya mama. Inilah Cikgu kaunselor yang pertama. Sekejap. Dulu dia juga guru sewaktu aku di sekolah rendah lagi. Kini di sekolah menengah. Tak lah terkejut sangat.

Apa-apapun perjalanan hidup aku sewaktu di tingkatan satu sangat membanggakan. Aku tak kenal raut wajah rakan lamaku. Tetapi tatapan raut wajah baharu menjadi kenalan singkat sewaktu orientasi. Paling menghairankan mereka melihat aku seperti tergilakan artis pujaan. Hah..! biasalah aku kan suka bercakap. Memang lumrah orang bercakap memang begitu. Huh.! Nafaz gementar bersembang dengan orang yang suka melayan karenah aku.
sumber:SMKTAM (google)

Zaman kecil dah berlalu. Penentuan kelas semakin mendebarkan dadaku. Yes...! aku ditempatkan kelas nombor 2... Hermm....!!! Hebatkan.. padahal tak lah hebat sangat. Sebab apa..? Sebab aku banyak tukar sekolah sewaktu itu. Mula masuk SMK Tunku Abdul Malik. Lepas tuh masuk Kolej Sultan Abdul Hamid, kemudian SMK Dato' Syed Omar, dan Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah. 

sumber: Maktab Mahmud Alor Setar Kedah (google)

Akhirnya kembali ke pangkal jalan, SMK Tunku Abdul Malik juga. Nak buat macam mana memang jodoh dengan sekolah ni... Sekolah seru namaku.. Ha..ha...ha...ha... Nasib ditentukan daripada-Nya. So, terima je lah kan. Rezeki Allah.

sumber: Kolej Sultan Abdul Hamid (google)

Aku pemalu. Nanti..! Bukan malu maksud aku pada semua orang tetapi malu tika kata - kata aku terkadang tersalah. Termengumpat. Termengata. Termengutuk orang sesuka hati. Tapi dengan cara lembut dan bersopan. Hah..! lagi satu aku menta depan - depan "Direct to the point" tak main kata belakang kan. Jadi kehidupan aku sering menjadi bualan cikgu- cikgu serta pejalar - pelajar di sekolah itu. Almaklumlah aku pun ada 2 orang abang sekolah yang sama. Seorang suka berdebat perihal agama, seorang lagi suka bergaduh, itu pun sebab orang suka cari pasal dnegan dialah. Jadi aku sebagai balasan untuk menjadi ejekan cikgu-cikgu dan rakan - rakanku.

Sepanjang aku belajar di sekolah ini. Banyak rintangan dan halangan yang terpaksa aku tempuh. Bukan apa, aku tidak puas hati dengan sesetengah pihak yang suka samakan aku dengan abang - abang aku sehingga satu tahap aku menangis setiap kali balik sekolah. Tapi dekat rumahlah, mana macho menangis depan kawan - kawan kan... Hah..!!!

Tiba MASAnya aku buktikan aku nih bukan jenis sotong dan lembik dengan tomahan dan cacian orang. Sepanjang aku belajar di sekolah ini. Aku masuk banyak pertandingan. Tak kiralah bercakap ka, Pantun ka, Forum ka, Debat ka, Kem ka kiranya semualah aku masuk. Sampai satu tahap asyik - asyik anma aku ja di panggil. Kan SERONOK... Femouse aku satu sekolah... Ha..Ha..Ha..Ha..
Tapi aku still ingat pada yang Esa pabila aku menang sesuati pertandingan itu. Mana kau. aku kan ISLAM. mesti patuh pada agama sebab agamalah menjadi Pentunjuk untuk aku terus bangun.

Anugerah...? macam - macam anugerah aku dapat, Sijil..? Boleh jadi buku aku rasa... Pakaian..? Semua aku dapat sponser.. Nah Hebat kan...!!! Tapi Bukan itu aku mahu.. Yang aku nak semua orang hormat, sanjung, prasangka baik dengan aku dan family aku. SEBAB..!!! Aku keluarga SUSAH dan miskin. Bukan macam orang lain. Senang dan ada family terdekat. Keluarga aku mana ada macam keluarga lain.  

Tapi aku simpan dalam hati, aku tak tunjuk dengan orang yang aku nih susah. Caranya..? Aku masuk banyak pertandingan dan aku berbaik dengan semua orang.. Hah.!! dengan orang benci...? aku sayangi mereka dengan memberi layanan yang baik... So. banyaklah kawan dan Akhirnya aku dihormati dan dikasihani serta namaku selalu disebut oleh guru- guru sekolah dan daerah Kota Setar dan Negeri Kedah. Akulah M Shahadat Bin Ali Nordin. Pelajar susah dan tidak punya apa - apa tetapi MAMPU untuk masuk ke Universiti

Sekarang... 11/12/2014.... Aku di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam Semester 1 ( 2014 ).

sumber: Universiti Utara Malaysia (UUM)

 Dalam banyak-banyak tawaran ini je lah yang aku terima selepas tamat pengajian di STPM di sekolah yang sama. Bukan tak pandai tetapi jaga Mak Kesayangan mengalami kecelakaan orang langgar lari. KEJAM...!!! 
\
Sekarang DOAkan untuk aku terus berusaha di Dunia dan Di akhirat. Aku pun doakan untuk kalian juga. Insyallah sama-sama berjaya. Amin.

sumber: Universiti Utara Malaysia(UUM)

MSAN ( هامبا الله )

Khamis, 11 Disember 2014

CINTA


Sumber: Shahadat Nordin ( Facebook )

Cinta...
Apakah itu cinta. Adakah ia sejenis sifat. Adakah ia sejenis barang yang boleh engkau bolak - balik. Hah..! bukan aku tidak tahu semua orang bercinta. Tapi pada siapa...?

Cinta...
Bukan rekaan semata - mata. Ia adalah lumrah dititikkan buat insan sejak azali. Bukan mainan gelak ketawa. Ia amat sukar untuk dicipta. Setiap minit, tiap kali insan lahir lantas diberi peluang bernafas sebagai manusia maka lahirnya sekali cinta itu. Namun adakah dikau sedar akan ertinya cinta...???

Cinta...
Jika kita selami hati nurani... Lalu bersuara dikau lantas mendabik dada berbangga akan hadirnya CINTA... Tetapi adakah ia kekal selamanya.. Ya... ia akan KEKAL selamanya jika dikau sedar akan kehadiran-Nya... Persoalannya adakah engkau menyanjungi akan lahirnya cinta...
 Aku sudah sedar akan lahirnya Cinta...
Sekian lama bernafaz.. diazankan... di timang- timang dan di sayang - sayang... aku Sedar akan hadirnya Cinta...

Cinta...
Perasaan yang begemerlapan sinarnya di dalam jiwaku dan dijiwamu jika disemai sedari kecil... Takkan goyah jika taufan membadai, retak seribu, hancur musnah, terkoyak dari cantumannya... Kerana cinta telah aku bina seawal sedarnya aku dari titik hitam dulu...
Adakah engkau juga begitu...

Cinta...
Nah... aku serahkan jawapannya kepada kalian untuk mengamatinya.. untuk menhayatinya.. untuk bersama dengannya... Semailah suka, duka, tawa dan gembira... Pada siapa hendak ingin dikau CINTA diserahkan... Terpulang kepada kalian...
Fikir sejenak... adakah cinta ini tuk selamanya atau sementara...
Tepuk dada Tanya Iman...

MSAN (هامبا الله )

BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH

Bukankah Perpaduan Penting


                                                                Sumber: Google

Perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu proses menyatupadukan pelbagai kumpulan masyarakat yang mempunyai budaya dan sosial yang berbeza ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional (Comber, 2011 dan Abdul Rahman Ibrahim,2011). 

Namun bergitu, dalam konteks negara Malaysia, integrasi nasional juga bermaksud mewujudkan kerjasama dan harmoni penduduk di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Pelbagai perkara telah dilaksanakan untuk mencapai hasrat sebuah Negara yang bersatupadu dan bertamadun disamping mampu untuk meningkatkan sosioekonomi bagi sesebuah negara yang majmuk.

Perpaduan menjadi jawapan untuk memupukkan perpaduan. Walaupun demikain perpaduan akan dicabar oleh isu polarisasi kaum. Polarisasi yang dimaksudkan berasaskan sentimen bias etnik masing – masing. Fenomena ini pelimik dan perdebatan antara etnik itu sendiri maka perkara ini perlu mempunyai jalan penyelesaiannya (Chandra Muzaffar, 1996: 37-41).

 Maka, pelbagai jenis dasar – dasar dan polisi digunakan serta dilaksakan oleh Perdana – perdana menteri Malaysia dalam memupuk perpaduan serta integrasi kaum. Bagi negara – negara yang mempunyai pelbagai kaum, perpaduan dan integrasi merupakan satu perkara yang penting dalam mempertahankan dan mengekalkan kebebasannya sebagai sebuah negara yang berdaulat. 

Hal ini kerana integrasi dan perpaduan merupakan faktor terpenting untuk menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi dan politik dalam jangka waktu yang panjang. Oleh yang demikian, pengkaji telah melakukan beberapa kajian untuk mendapatkan jenis dasar – dasar yang telah dilaksanakan oleh Perdana – perdana menteri Malaysia.

Kesimpulannya, beberapa dasar dan tindakan telah dibentuk oleh Perdana – perdana Menteri Malaysia bagi mewujudkan integrasi kaum dalam pelbagai aspek, keamanan dan kemakmuran sejagat. Maka pembentukan dasar dan usaha sampingan perlu bergerak seiring dan tidak bersifat rigid serta sentiasa berubah – ubah mengikut perubahan keperluan nasional sesebuah negara. Ia banyak bergantung kepada faktor – faktor ekonomi, sejarah, penduduk, kedudukan geografi dan kepimpinan negara.

MSAN (هامبا الله )

PILIHAN DALAM KEHIDUAPAN

Hitam Atau Putih 

Sumber : Google Image

Dalam perjalanan hidup ini ada hitam dan ada putih. Yang mana satu hendak dituju, adakah kita inginkan yang hitam, adakah kita inginkan yang putih. Hitam jalan yang kiri tidak selamat. Putih jalan selamat bagi insan yang beriman. Tepuk dada tanya selera. Biar apapun hitam maupun putih tidak rela ku memaksa nadi - nadi yang bernyawa di atas bumi Tuhan ini untuk memilihnya. Bukankah kita diberi pilihan..? bukankah Kita sedia mengetahui neraka maupun syurga. Kini hanya bertebaran pahala, dosa dan noda.

Nyawa diciptakan bukan hanya sia - sia dan bukan hanya sementara. Apakah sementara..? Masih ada yang tertanya - tanya. Aku bukan ulamak, aku bukan ustaz. Tetapi aku khalifah, aku perlu tegakkan apa yang perlu ditegakkan dari dulu yang bengkok dan kini perlu aku luruskan.

Aku maksudkan sementara. Perkataan ini yang bermain di minda manusia. Kerana kehidupan, kita hanya leka dengan dunia yang jelas bermain dimata. Dunia hanya mampu disentuh seketika. Dunia hanya mampu merasa seketika bukan tuk selamanya. Dunia hanya dalam sekelip mata sahaja. Adakah dikau mahukan perkara ini menerja hanya sementara..?

Bukankah dikau dahulu pernah berkata "ah.. aku hidup untuk bersuka ria.." atau bukankah kau ada berkata "Eh... ini hanya sementara bukan untuk selamanya.. bukan dan bukan..." yang mana satu aku tidak tahu akan niat dan kehendak kamu itu.. Aku hanya insan yang mampu menegur dirimu bukan untuk membawa engkau terus menerpa Neraka yang pastinya panas tidak terkira. 

Adakah dikau berfikir perkara itu. Sekarang aku bertanya yang mana pilihanMu yang Hitam atau yang Putih...??? Yang mana satu..??? Ini bukan mainan. Ini bukan rekaan.. Ini adalah kehidupanMu pada masa hadapan yang entah apa akan berlaku aku sendiri tidak mengerti.. 

Tetapi jika aku dipilih antara hitam maupun putih, aku akan memilih putih kerana apa..??? Kerana putihlah SunnaH Nabiku, kerana putihlah senang untuk aku mencorak, kerana putihlah asal kejadianKu sebelum lahir menzahir di dunia, kerana putihlah akan aku serah kembali kepada-Nya. Jelaskah....??? Sekarang yang mana pilihanMu hitam maupun putih...?? 

Pilih satu antara dua...

MSAN (هامبا الله )

Sajak:SAHABAT

                                                            Sumber: Shahadat Nordin ( Facebook)


Nilai Sahabat

Tinggi menjulang langit
    bukan sekadar cebisan lalang semata
      bukan sekadar rantingan pohon yang rebah
Dialah insan yang selalu bersama
   ketika suka maupun duka
     tika tawa maupun tika berduka

Dikau ada disetiap sisiku
   tanpa rasa jemu
     tanpa rasa kelu
       dikau bersamaku tuk selamanya

Masihkah kau ingat
 tika daku jatuh rebah sujud ke bumi
   dikau sambut dengan tangan yang bersih
     dikau senyum dengan kemanjaan yang manis
       dikau tawa ceria membelai diriku yang hampir menyerah

Walau dimana dikau berada
 dikau berjanji hidup setia
   sebagai sahabat kekal selamanya
     walau ribut membadai nyawa
       tersungkur kebumi tiada terkata
         dikaulah yang SATU buat diriku

SEBAGAI sahabat setia menantiKu...

MSAN ( هامبا الله  )

MATA JIWAKU


 Sumber : Shahadat Nordin (Facebook)

Telah berbicara suara didada
   tika aku mengukir senyuman manja
Daku masih teringatkan kisah silam kita bersama
    tatkala DIRI keseorang menanti kerinduan pujangga
      berbisik nadi kecilku
        adakah penantian ini terus menyepi dan kian membeku

Wahai permata hatiku
   Bilakah bisikan riang kembali menempah jiwaku
      yang kini kesepian terkunci madah tuk berbicara
         terkacip pintu mulut tuk bersuara
            tertutup hati tuk segala cerita gembira
                tergiang deruan suara sayup ditelinga
Menanti.. Bilakah terbuka kata madah pujangga
  Buat diriMu
    Buat diriKU

Jiwaku terus menanti
Tatkala angin kesayuan di wajahku
 dipagi hari dan dimalam hari
   deruan sayuan itu memanggil - manggil diriKu
     yang telah lama menyepi meninggalkan diriKu
       Sepi... sunyi... tiada lagi lagu untuk dinyanyi....

Maafkan daKU jika tersalah langkah
Maafkan Daku tika kita bersama
Menyembah Bumi hanya seketika
  Menempah Syurga bukan sekelip mata
  Teruskan perjuanganmu sehingga keakhir nyawa
Duhai Pujangga Hatiku...
Dikaulah yang satu...

MSAN ( هامبا الله  )